SEJAK semalam heboh di laman sosial beberapa tangkap layar status suntikan vaksin milik Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ).

Tangkap layar tersebut menyatakan status janji temu sebagai ‘SEDANG DIPROSES’, sementara butiran lain seperti lokasi pusat vaksin, tarikh dan masa janji temu tidak dinyatakan.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Justeru itu, KJ tampil menyatakan yang beliau telahpun menerima dua suntikan vaksinasi serta suntikan dos penggalak dan menafikan status vaksinasi Covid-19 miliknya, adalah seperti yang telah ditularkan.

KJ dalam hantaran menerusi laman Facebook rasminya berkata beliau telah mendapat suntikan dos pertama vaksin CoronaVac pada 18 Mac 2021 dan merupakan individu pertama di Malaysia yang menerima vaksin keluaran Sinovac.

Baca juga Varian baru IHU B.1.640.2 pula dikesan di Perancis, berikut 5 fakta mengenainya

“Pengambilan dos pertama itu turut disiarkan secara langsung di saluran televisyen dan saya juga telah menunjukkan paparan MySejahtera selepas menerima vaksin tersebut. Sesiapa belum menonton siaran langsung tersebut, boleh tonton di pautan https://youtu.be/EtyaZ-BaPb8,” tegasnya.

Ujar KJ lagi, suntikan dos kedua telah diterima pada 8 April dan mendapat suntikan dos penggalak vaksin Comirnaty keluaran Pfizer pada September, sebelum berlepas ke Himeji, Jepun bagi Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WPRCM) Ke-72.

Iklan

KJ nafi status vaksinasi ‘sedang diproses’, tangkap layar tular palsu

Sehubungan itu, beliau menafikan maklumat butiran peribadi dan status vaksinasi Covid-19 miliknya yang dipaparkan di dalam tangkap layar laman sesawang https://www.vaksincovid.gov.my/semak-status/ yang telah ditularkan sejak semalam.

Iklan

“Saya minta orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menidakkan usaha vaksinasi negara,” katanya.

Baca juga Vaksin untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun diluluskan, ini 10 fakta berkaitan

Khairy berkata, laman sesawang itu diwujudkan pada peringkat awal pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi memudahkan urusan semakan kepada orang awam.

Ujarnya, walau bagaimanapun, selepas kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus pada Oktober 2021, laman sesawang itu tidak lagi aktif atau dikemas kini.