KKM kongsi 152 lokasi titik panas berpotensi jadi kluster Covid-19. Nak pergi patuhi SOP sepenuhnya!

May 8, 2021
Oleh Azma ML

BEBERAPA hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mungkin ramai di yang sedang rancak membuat persiapan menyambut hari yang istimewa ini.

Dalam kemeriahan membuat persiapan dan membeli belah, perkongsian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini boleh dijadikan panduan.

Iklan

152 lokasi panas dikenal pasti menerusi HIDE (Hotspot Identification for Dynamic Engagement) iaitu merupakan analisis Data Raya dan kecerdasan buatan (AI) yang membuat ramalan ke atas sesebuah premis yang berpotensi menjadi titik panas penularan COVID-19 dalam jangka masa tujuh hari.

Analisis yang dibuat adalah menggunakan data daftar masuk MySejahtera serta pangkalan data kesihatan sedia ada. Sistem HIDE akan menyenaraikan premis berisiko. Senarai ini akan diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan bagi tujuan kawalan kendiri oleh masyarakat umum dan premis perniagaan

Data daripada HIDE ini akan memudahkan tindakan awalan secara bersasar dilaksanakan oleh pihak berwajib bagi membendung penularan COVID-19. Hasil pemerhatian KKM mendapati 90% daripada kadar transmisi COVID-19 telah berlaku di 0.2% premis yang berdaftar dengan MySejahtera.

Iklan

Selain itu, dapatan HIDE ini juga akan membantu pihak berkuasa untuk melaksanakan tindakan awalan membendung penularan COVID-19 secara lebih baik dan tersusun, seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada langkah-langkah kawalan sedia ada.

Namun premis-premis yang disenaraikan ini bukanlah kluster jangkitan sebenar. Ia hanya merupakan premis yang berpotensi menjadi kluster, sekiranya tiada tindakan awalan diambil. Ia bukan suatu kluster yang telah disahkan sebagai kluster penyebaran COVID-19. Oleh itu, premis yang tersenarai di bawah HIDE adalah berbeza daripada senarai kluster yang dilaporkan setiap hari oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

Sebelum ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan bersetuju menyenaraikan semua premis yang mempunyai risiko penularan COVID-19 dalam sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bermula semalam. Langkah ini diambil berikutan peningkatan jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini sejak kebelakangan ini.

Iklan

Katanya, senarai ini membolehkan pemilik premis dan orang ramai mengambil tindakan wajar bagi mencegah terjadinya kluster berpunca daripada premis tersebut.

Justeru, jika anda anda bercadang untuk mengunjungi premis yang disenaraikan, pastikan anda mematuhi prosedur operasi standard sepenuhnya.

ZON TENGAH

Kuala Lumpur

1 MONT KIARA SHOPPING MALL
99 SPEEDMART 1371 JLN BANGSAR
99 SPEEDMART 1605 TMN SRI BINTANG
99 SPEEDMART TAMAN WANGSA UKAY
AEON ALPHA ANGLE SHOPPING CENTRE
AEON BIG DANAU KOTA
AEON BIG KEPONG
AEON BIG WANGSA MAJU
AEON MALL CHERAS SELATAN
AEON MAXVALU PRIME SUNWAY VELOCITY
AEON MAXVALU PRIME THE SPHERE
BANGSAR SOUTH
AEON MID VALLEY
BANGSAR SHOPPING CENTRE
BANGSAR VILLAGE 2
BANGUNAN CAHAYA SURIA
BAZAR AIDILFITRI LORONG TUANKU ABDUL RAHMAN
BAZARIA WANGSA MAJU
BENS INDEPENDENT GROCER PUBLIKA
ENDAH PARADE SHOPPING COMPLEX
FAHRENHEIT88 MALL
FOOD REPUBLIC PAVILION KL
GUARDIAN KLCC
HONG LEONG BANK BERHAD HQ
INTERMARK MALL
JAKEL MALL KUALA LUMPUR
STESEN KTMB KL SENTRAL
KL EAST MALL
KL ECO CITY MALL
KNL MARKET SDN BHD 1ST FLOOR
PODIUM BLOCK (FABER TOWERS)
KOMPLEKS PERNIAGAAN & KOMUNITI BANDAR BARU SENTUL
LOTUS’S CHERAS
LOTUS’S KEPONG
LRT KLCC
LRT MASJID JAMEK
MASJID JAMEK KAMPONG BARU
MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ BANGSAR
MAYBANK MID VALLEY CITY BRANCH
MELAWATI MALL
MENARA BUMIPUTRA COMMERCE
MID VALLEY MEGAMALL
MYTOWN SHOPPING CENTRE
BREM MALL
NSK TRADE CITY PEEL ROAD
NU SENTRAL SHOPPING CENTRE
PARKSON ELITE PAVILION LEVEL 3
PASAR BORONG KUALA LUMPUR
PAVILION ELITE MALL
PAVILION KUALA LUMPUR
PASAR PAGI JINJANG UTARA
PLAZA LOW YAT
PUBLIKA SHOPPING GALLERY
SELAYANG MALL
SETAPAK CENTRAL
KOMPLEKS SOGO 190 JALAN TAR
STESEN SENTRAL KUALA LUMPUR
SUNGEI WANG PLAZA
SUNWAY VELOCITY MALL
SUPER SEVEN TRADE CENTER
SURIA KLCC
TAMAN METROPOLITAN KEPONG
TAPAK PENJAJA PASAR PUDU
UNITED POINT COMMERCIAL
VIVA VENTURE
VG DESA PARK ARKADIA
WISMA COSWAY
ZON 2 SUAKASIH

Gambar hiasan.

Selangor

1 UTAMA SHOPPING CENTRE
99 SPEEDMART 2460 TMN SRI MEWAH
99 SPEEDMART 2447 SUNSURIA FORUM
99 SPEEDMART 1672 TMN BINTANG MAS
99 SPEEDMART 1248 TMN DESA BAKTI
AEON BANDAR UTAMAHOTSPOT 2 /3 IDENTIFICATION FOR DYNAMIC ENGAGEMENT
AEON BIG KLANG
AEON BIG TUN HUSSEIN ONN
AEON MALL RAWANG
AEON MALL TAMAN EQUINE
BAZAAR RAMADAN TAMAN PELANGI SEMENYIH
BILLION SHOPPING CENTRE B B BANGI SDN BHD
CENTRAL I-CITY MALL
CHECKERS HYPERMARKET
CREWROOM SRI RAMPAI
THE STARLING, DAMANSARA UPTOWN
DATARAN PUCHONG PERMAI, PUCHONG
GIANT HYPERMARKET BANDAR KINRARA
GIANT HYPERMARKET BANTING
GIANT HYPERMARKET KLANG
GM KLANG WHOLESALE CITY
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
LAMAN NIAGA KOMUNITI BANDAR BARU BANGI
LOTUS’S BANDAR BUKIT PUCHONG
LOTUS’S KLANG
LOTUS’S KUALA SELANGOR
LOTUS’S MUTIARA
LOTUS’S PUCHONG
LOTUS’S PUNCAK ALAM
LOTUS’S SELAYANG
LOTUS’S SEMENYIH
LOTUS’S SETIA ALAM
SELANGOR
MAHA USAHA
MAIN PLACE MALL
KIPMALL KOTA WARISAN
MATAHARI MALL
MYDIN MART SEKSYEN 18 SHAH ALAM
NSK TRADE CITY SELAYANG
P.PENGILANG RAWANG CORPORATE INDUSTRIAL PARK
PADINI CONCEPT STORE SUNWAY PYRAMID
PANASONIC MANUFACTURING MALAYSIA BERHAD(SA2)
PARADIGM MALL PETALING JAYA
PARKSON ELITE 1 UTAMA
PASAR MODEN MBSJ SS15 PASAR
PAGI
PASAR RAMADAN TAMAN PUTRA PERDANA
PROTON CENTRE OF EXCELLENCE, SUBANG JAYA
PLAZA SHAH ALAM
RESTORAN JEJANTAS SG BULOH
ARAH SELATAN
SUBANG PARADE
SUNWAY PYRAMID
THE CURVE
THE MINES SHOPPING MALL
JAYA GROCER BUKIT JELUTONG
TROPICANA GARDENS MALL

ZON SELATAN

Johor

AEON MALL BUKIT INDAH
ECONSAVE YONG PENG
GIANT HYPERMARKET PLENTON
GIANT HYPERMARKET TAMPOI
JOHOR BAHRU CITY SQUARE MALL
JOHOR PREMIUM OUTLETS
KSL CITY
PASARAYA PANDAN
THE MALL MID VALLEY SOUTHKEY

Melaka

AEON MALL BANDARAYA MELAKA

Negeri Sembilan

GIANT SUPERSTORE NILAI

ZON BORNEO

Sabah

CENTRE POINT SHOPPING MALL
SURIA SHOPPING MALL
KOMPLEKS KARAMUNSING
Sarawak
PLAZA MERDEKA SHOPPING CENTRE
THE SPRING BINTULU
THE SUMMER SHOPPING MALL
VIVACITY MEGAMALL KUCHING

ZON UTARA

Pulau Pinang

QUEENSBAY MALL
GURNEY PARAGON MALL
LOTUS’S PENANG
AEON QUEENSBAY
TOSHIBA TEC MALAYSIA MANUFACTURING SDN BHD

Kedah

LOTUS’S MERGONG

ZON TIMUR

Kelantan

KB MALL
LOTUS’S KOTA BHARU

Untuk pengetahuan korang, sistem HIDE ini dibangun dan diuruskan oleh CPRC Analytics, sebuah unit di bawah Kementerian Kesihatan yang dianggotai oleh para pegawai daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Sama-sama kita berwaspada. Elakkan 3S, iaitu elak kawasan sesak dan sempit serta berbual pada jarak dekat. Amalkan konsep 3W, iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun; memakai pelitup muka serta mematuhi amaran Kementerian Kesihatan (KKM) yang berkonsep peringatan.

 

Elakkan bersalaman atau bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam; amalkan etika batuk dan bersin serta dapatkan rawatan segera jika bergejala. #kitajagakita

Adakah anda bercadang untuk mengunjungi premis berikut? Pastikan anda mematuhi SOP sepenuhnya.

Premis yang disenaraikan…

Posted by Public Health Malaysia on Friday, May 7, 2021

Sumber: Public Health Malaysia & MKN

Iklan
Iklan