KKM tegas denda penganjur Hari Aspirasi 100 Hari Keluarga Malaysia RM1,000, berikut 5 info mengenainya
NAMPAKNYA ketegasan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani penularan Covid-19 dan pematuhan prosedur standard (SOP) tidak mengenal siapa.
Gagal memastikan penjarakan fizikal dan menyebabkan berlakunya kesesakan, penganjur Hari Aspirasi 100 Hari Keluarga Malaysia didakwa tidak mematuhi SOP.
Berikut adalah lima info berkaitan acara berkenaan:
1. Karnival empat hari itu dianjurkan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (Sepadu) Jabatan Perdana Menteri.
2. Ia bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
3. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan kompaun dikeluarkan mengikut Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Akta 342).
4. Kompaun bernilai RM1,000 telah dikeluarkan kepada pihak penganjur.
5. Ia susulan situasi sesak, tiada penjarakan fizikal dan tiada kawalan jumlah pengunjung yang hadir memberi risiko berlakunya penularan jangkitan Covid-19.
Baca juga: Status hamil terjawab, Neelofa dilepas tanpa bebas tuduhan langgar SOP
Selain itu, mengenai jumlah kompaun, Khairy berkata ia merupakan jumlah maksimum yang boleh dikenakan selepas Ordinan Darurat diungkaikan di Dewan Negara, pada 8 Disember lalu.
Malah kaunter diskaun saman polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang yang menjadi antara tarikan utama pengunjung akan ditutup mulai petang ini.
“Maklumat lanjut mengenai kaedah pembayaran saman dan tawaran diskaun akan dimaklumkan oleh pihak PDRM.
Katanya, kerajaan seharusnya menunjukkan teladan serta amalan terbaik kepada masyarakant dan berpegang kepada standard yang sama seperti yang telah dikenakan ke atas rakyat.
Dalam perkembangan berkaitan, Polis Diraja Malaysia melalui laman sosial Facebook memaklumkan kaedah pembayaran baru.
"Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, menggalakkan orang ramai membayar saman di kaunter trafik daerah dan kontinjen masing-masing dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang termasuk pada hari cuti hujung minggu, iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad sehingga 12 Disember 2021.
Baca juga: Boleh buat aduan langgar SOP di MySejahtera, KKM perkenal fungsi baharu
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, PDRM
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang