Kluster Sungai Kedah dan Perlis - 14 lokasi di Langkawi telah dilawati individu positif Covid-19, hati-hati!

LANGKAWI terdiri daripada sekumpulan 99 buah pulau tropika di persisiran barat laut Semenanjung Malaysia, lebih kurang 30 km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah.
LANGKAWI terdiri daripada sekumpulan 99 buah pulau tropika di persisiran barat laut Semenanjung Malaysia, lebih kurang 30 km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah.
A
A
A

BARU-BARU ini media melaporkan seorang individu telah disahkan dijangkiti Covid-19 Kluster Sungai Kedah dan Perlis yang kini semakin heboh diperkatakan.

Apa yang membimbangkan orang ramai adalah individu tersebut dilaporkan telah melawati 14 lokasi di sekitar Langkawi seminggu sebelum dia dilaporkan positif Covid-19.

Namun, memetik laporan portal media tempatan, pihak berkuasa telah pun mula menjalankan ujian saringan terhadap kontak rapat individu tersebut dan orang-orang yang mempunyai kontak dengan individu itu juga telah diminta untuk membuat ujian di Klinik Kesihatan Kuah semalam.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Langkawi, Dr Mohd Lutpiyudin Azidin berkata, siasatan menemui yang mana individu itu telah bercuti di pulau tersebut pada 5 September dan pulang pada keesokan harinya.

“Kami telah melawat ke 14 lokasi yang dilawati individu tersebut dan melakukan siasatan termasuk restoran, tempat tinggal dan tempat tarikan pelancong.

“Kami meminta jaga baik kepada kontak rapat yang berisiko dari 14 lokasi ini untuk datang membuat saringan,” katanya.

Sementara itu Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan salah seorang kakitangan kesihatan yang disahkan positif Covid-19 dalam Kluster Sungai di Kedah dan Perlis telah menjangkiti tujuh ahli keluarganya.

Bilik RM1,350 jadi RM120 je dekat Langkawi?

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini secara keseluruhan seramai 23 kakitangan kesihatan telah dikesan positif virus itu melibatkan kluster tersebut.

“Kita saring kakitangan kita yang yang ada gejala... apabila ada gejala baru dapati positif dan apabila positif kita saring kontak rapat kepada staf kesihatan tersebut.

“Seorang anggota kesihatan telah menjangkiti tujuh ahli keluarga mereka. Jadi, setakat ini 23 kes untuk Kluster Sungai,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Terdahulu, dalam sidang media sama, Dr Noor Hisham memaklumkan, daripada 100 kes baharu Covid-19, 22 kes baharu dikesan dalam Kluster Sungai.

Setakat ini, seramai 479 individu masing-masing dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah disaring.

Daripada jumlah tersebut, jelas Dr Noor Hisham, 25 kes dikesan positif di Kedah dan satu kes di Perlis.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca