BEBERAPA hari lalu panas di laman sosial berkenaan nama sebuah stadium di Kedah menggunakan nama salah seorang pegawai yang merasmikannya sebagai nama stadium.

Stadium mini itu dirasmikan pada 7 Disember lalu dan diberikan nama Stadium Mini Ffira Mikah menjadi bualan ramai sehingga tampil di akhbar United Kingdom.

Namun, Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor dalam satu kenyataan telah menyangkal dakwaan yang tular bahawa beliau menamakan Stadium Mini Ffira Mikah di daerah itu sempena dengan namanya yang diterbalikkan.

Menurutnya juga, stadium itu akan dikenali sebagai Stadium Mini Kuala Nerang dan pihaknya akan menukar nama kontroversi itu dan bersedia menurunkan papan nama Ffira Mikah bagi melenyapkan dakwaan.

Sementara itu, terdapat 16 stadium di Malaysia yang turut menggunakan nama individu penting negara. Antaranya;

1. Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor

Stadium Sultan Ibrahim merupakan stadium bola sepak di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia.

Ia dinamakan sempena penghormatan raja negeri Johor iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Sebagai stadium baru Johor Darul Ta’zim FC, pasukan kedua terhebat di Malaysia di belakang Perak FA, untuk Liga Super Malaysia bermula tahun 2020, stadium itu menggantikan Stadium Larkin yang telah menempatkan pasukan semasa dan pasukan bola sepak Johor sebelumnya sejak tahun 1964.

Jumlah kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM 200 juta. Stadium ini mempunyai kapasiti untuk 40,000 penonton dan dibuka pada 22 Februari 2020.

2. Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan

Stadium Sultan Muhammad Ke-IV merupakan sebuah stadium rasmi yang terdapat di negeri Kelantan. Stadium ini mampu menampung jumlah bilangan penonton sehingga seramai 30,000 orang. Stadium ini terletak di Jalan Doktor, Kota Bharu.

Stadium Sultan Muhammed IV telah dibina pada tahun 1967 dengan tujuan menyediakan suatu medan yang khusus untuk menjalankan aktiviti sukan peringkat negeri Kelantan, terutamanya sebagai padang bola sepak negeri.

Stadium ini telah dibina di atas tapak padang bola sepak Persatuan Bola Sepak Kelantan yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, bersebelahan dengan pejabat kerajaan seperti Hospital Raja Perempuan Zainab II, Pejabat Kontinjen Polis Kelantan dan Pejabat Majlis
Perbandaran Kota Bharu.

Pada masa itu, stadium ini merupakan stadium yang paling besar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan muatan tempat duduk seramai 30,000 orang dan padang bolanya memenuhi piawaian keluasan padang yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara iaitu berukuran 119 meter panjang dan 100 meter lebar.

Selain berfungsi sebagai kawasan kemudahan permainan bola sepak, kompleks stadium ini juga menyediakan gelanggang tenis, trek balapan, kemudahan sukan, kemudahan perniagaan untuk disewakan seperti gudang, ruang pejabat, tapak ekspo, kios dan tandas awam.

Stadium ini juga menyediakan kemudahan tempat riadah seperti tapak permainan kasut roda dan kemudahan tempat ibadah seperti surau.

Baca juga Siapa Elya KWSP? Ganggu emosi pemohon i-Sinar

3. Stadium Hang Tuah, Bandaraya Melaka

Stadium Hang Tuah merupakan stadium yang digunakan bagi kegiatan bola sepak yang memiliki keupayaan 15,000 penonton dengan 1,000 tempat duduk.

Stadium Hang Tuah merupakan stadium yang tertua di negeri Melaka. Dahulunya dikenali sebagai Stadium Kubu, ia dibuka secara rasminya pada tahun 1954 oleh The Honourable Mr. G.E.C Wisdom. C.M.G. yang pada waktu itu merupakan Presiden of Commissioner Malacca, President of Municipal Council, dan President Malacca Stadium.

Pada waktu itu stadium ini terletak di bawah pengurusan Malacca Stadium Committee. Pada 31 Ogos 2001, nama stadium ini akhirnya ditukar kepada Stadium Hang Tuah.

Perasmian itu dibuat oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al-Haj bin Syed Mahmud Shahabuddin, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Dengan keluasan lapan ekar, Stadium Hang Tuah mampu menampung sehingga 15,000 orang dalam satu-satu masa.

Iklan

Stadium Hang Tuah diuruskan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sehingga 1 Jun 2005 sebelum diserahkan pada Perbadanan Stadium Melaka.

Kemudahan yang ada di Stadium Hang Tuah tidaklah secanggih stadium yang lain, namun ianya mampu menampung keperluan minimum yang diperlukan untuk acara sukan yang besar.

Antara kemudahan yang disediakan adalah bilik persalinan, bilik pengadil, bangku pemain, pentas VIP, surau, bilik rehat VIP, pejabat pengurusan, dan juga tempat meletak kenderaan.

Banyak acara besar telah diadakan di sini seperti Sukan Malaysia XIII Melaka 2010, Liga Perdana, Piala Malaysia, Piala FA, Piala Presiden, Perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri, Pelancaran Putera UMNO Malaysia dan lain-lain.

Kontroversi 'Stadium Mini Ffira Mikah', ini 5 stadium menggunakan nama individu penting negara

Iklan

4. Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah ialah sebuah stadium serbaguna di Kuala Terengganu yang dibuka pada 27 Ogos 1967.

Stadium yang terletak di tengah bandar Kuala Terengganu ini kerap digunakan untuk perlawanan bola sepak.

Stadium ini dinamakan sempena AlMarhum DYMM Tuanku Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni AlMarhum Sultan Zainal Abidin.

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah memiliki keupayaan 15,000 penonton.

5. Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang

Stadium Tun Abdul Razak ialah stadium bola sepak khusus di Bandar Pusat Jengka, Pahang.

Stadium ini mampu menampung sebanyak 25,000 orang dan dibuka pada tahun 2015.

Ia dinamakan sempena bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak dan Felda United F.C. telah menjadi tuan rumah untuk stadium ini.

Stadium ini telah digunakan buat kali pertama bagi perlawanan akhir Piala Pengerusi Felda 2015, antara Felda Wilayah Jengka dan Felda Wilayah Gua Musang.

Kos pembinaan mencecah RM 100 juta.