BARU-baru ini tular beberapa gambar serta video yang memaparkan sejumlah beras dan makanan mentah seperti tepung serta sardin tin di temui di laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang pada Khamis. Tidak hanya dibuang, ia juga dibakar hingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warga maya.

Menerusi laman sosial di Facebook dan TikTok warganet tertanya-tanya siapa gerangan di sebalik perbuatan berkenaan. Tidak dapat membayangkan nilai keseluruhan, pembuangan secara pukal bahan mentah berkenaan adalah pembaziran besar! Apatah lagi harga makanan yang melambung kini.

Dalam perkembangan terbaru, bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap isu tersebut.

Baca juga: Simpan barang jadi koleksi sampai sayang nak guna, hati-hatilah semua akan dihisab

Baca juga: Bekas tutup rapat pun kutu beras tetap ada? Ini sebenarnya cara ia muncul dan tip basmi

Baca juga: Rezeki akan terputus apabila lambat beli bekalan beras? Ini penjelasan yang wajib kita baca

Berikut kronologi perbuatan berkenaan:

1-Ismail berkata beliau mengambil maklum dan terima kasih atas keprihatinan dan sensitiviti rakyat Malaysia terhadap isu yang tular berkaitan pelupusan beras dan barang dapur di tempat pembuangan sampah berhampiran lokasi berkenaan.

2-Beliau memaklumkan beras dan barangan dapur berkenaan adalah stok simpanan yang disediakan untuk orang ramai ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau.

3-Ia disediakan menggunakan peruntukan peribadi, sebelum tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada tahun 2022. Ujarnya dalam tempoh berkempen pemberian barangan kepada orang awam tidak dibenarkan.

4-Tegas Ismail, pembelian barangan dapur berkenaan tidak melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri Pahang.

5-la juga tidak melibatkan peruntukan barangan dalam tempoh Covid-19 atau persiapan pangkalan hadapan menghadapi banjir.

6-Ujar Ismail, pada 5 April 2024, beliau sudah menerima laporan daripada jirannya menyatakan terhidu bau busuk di tempat stor simpanan barangan tersebut.

7-Hasil siasatan mendapati beberapa ekor bangkai tikus dan beras manakala barangan dapur ini telah dicemari bubuk atau kutu beras.

8-Barangan lain juga didapati tidak lagi sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai kerana tercemar.

9-Sebahagian daripada beras berkenaan telah diserahkan kepada penternak ayam dan itik di kawasan sekitar manakala sebahagian lagi telah dilupuskan.

10-Ismail menyatakan bertanggungjawab dan sangat menyesali insiden berkenaan. Beliau juga memohon maaf atas kekhilafan dalam memantau cara pelupusan barangan dapur berkenaan.

Iklan

Baca juga: Hidup kat dunia jangan kedekut sangat, malaikat doakan kecelakaan pada golongan ini…ingat tu

Baca juga: Pengetua sanggup habiskan sisa makanan pelajar, pupuk amalan tidak suka membazir

11-Dalam perkembangan berkaitan, Sinar Harian melaporkan, segelintir penduduk kampung sempat membawa pulang lambakan barangan yang dibuang di kawasan pembuangan sampah.

12-Beras tersebut untuk kegunaan ternakan ayam kampung dan pedaging di Kampung Gunung Senyum.

13-Hal itu kerana beras berkenaan sudah dipenuhi bubuk dan tidak sesuai dimakan oleh manusia kecuali haiwan ternakan.

Iklan

14-Sementara itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengarahkan Kawalselia Padi dan Beras (KPB) untuk menyiasat kejadian berkenaan.

15-Bagaimanapun, tinjauan di lokasi pagi tadi mendapati tempat itu sudah dibersihkan dan terdapat kesan tanah di lereng bukit berdekatan dikorek sebelum diangkut bagi menimbus tapak pembuangan bahan makanan itu.

16-Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang telah bertindak menutup sementara tapak pelupusan sampah haram itu bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!