MEMBELI dan menyimpan barangan yang disayangi sebagai koleksi menjadi kebiasaan segelintir daripada kita. Sebagai Muslim, perlu diketahui bahawa segalanya akan dihisab.

Empat perkara iaitu tentang umur, ke mana dihabiskan masa ketika hidup di dunia, di manakah dihabiskan usia muda, dari mana datangnya harta benda dan ke mana ia dibelanjakan.

Hisab adalah waktu yang paling menggerunkan di Padang Mahsyar. Ia merupakan kiraan bagi setiap amalan manusia semasa di dunia sama ada baik atau buruk, daripada sebesar-besar amalan hinggalah kepada yang kecil.

Ia juga termasuk dengan barang yang disimpan dan tidak digunakan turut akan dihisab di akhirat kelak.

Boleh jadi ini merupakan aktiviti kegemaran ramai iaitu dengan menyimpan pelbagai koleksi pakaian, pinggan mangkuk atau beg tangan yang dibeli.

Ketahuilah bahawa perbuatan ini akan dipersoalkan jadi bersedekahlah bermula dari sekarang.

Baca juga: Sedekah paling afdal berilah kepada adik-beradik susah, paling tinggi kedudukan

Kredit foto: Pexels

JANGAN SIMPAN BARANG YANG TAK DIPAKAI

Pengguna Facebook Aishah Hasnah Arifin memuat naik hantaran Tuah’ainil Sufi di laman sosial X yang berkongsi buah fikiran tentang tentang amalan orang ramai yang suka menyimpan harta benda yang tidak digunakan.

Ujarnya, amalan berkenaan ditegah sebaliknya bersedekah perlu menjadi keutamaan. Berikut perkongsian beliau:

Sahabat, mencari harta dan kekayaan tidak dilarang dalam agama tetapi mengumpul dan menghimpunkan kekayaan itu yang dilarang dan tercela.

Peringatan juga untuk saya, keluarga dan sahabat-sahabat semua. Mungkin ada yang tidak tahu, semoga ilmu yg disampaikan oleh Ustazah Asma’ Harun dahulu sama-sama manfaatkan.

“Check koleksi kita, keluarkan pinggan mangkuk yang sekadar disimpan bertahun-tahun sebagai hiasan, pakaian, tudung tudung yang penuh dalam almari.

“Koleksi telekung yang kita sayang, kasuk kasut, periuk belanga, Tupperware menggunung tersusun cantik, beg tangan berbagai saiz.

“Langsir-langsir, perabot yang masih dalam stor sayang hendak dibuang. Mana yang sudah lama tak dipakai, jangan disimpan. Keluarkan, itu akan dihisab sahabat.

“Astaghfirullahalazim, sedekahkan ia,” titipnya.

Dalam pada itu, untuk menambah koleksi baharu, adakan had dan sistem agar umat Islam terselamat ketika dihisab.

“Perlu ada limit untuk start beli barang baru. Hendak beli baru, yang lama sedekah kepada yang memerlukan.

“Jangan simpan lama-lama barangan yang tidak guna. Ataupun boleh jual sebagai preloved dan duit kutipan boleh disedekahkan kepada badan-badan amal.

“Bukan tidak boleh membeli tetapi jangan mengumpul harta kerana kita akan berat saat dihisab nanti.Nauzubillahi min zalik,” kongsinya.

Baca juga: Barangan penuh sampai block laluan penduduk flat buat ramai bengang, ini tanda jika diri terkena hoarding disorder

Kredit foto: Pexels 1, 2https://www.pexels.com/photo/pottery-collection-on-shelves-17295853/

Mulai hari ini, marilah sama-sama kita menyelongkar tempat simpan barangan seperti kabinet, stor dan almari. Elakkan ia menjadi perangkap merugikan diri.

“Jom sahabat, usaha sama-sama untuk beriman dengan nama ALLAH Ya Hasib, ALLAH Yang Menghisab atau menghitung kerana hitungannya sangat halus.

“Cuba kita hitung sendiri, di dapur sahaja ada berapa banyak set pinggan tak diguna, Tupperware yang tersimpan rapi, bermacam set periuk.

“Tudung 30 warna corak lama yang belum dipakai, koleksi baharu sudah muncul.

“Barangan mekap berkotak-kotak, pakaian penuh almari, pakaian untuk dinner yang sekali sahaja diguna kita simpan bertahun-tahun sayang nak bagi orang.

“Hisab lah diri kamu sebelum kamu dihisab. Siapa menghisab mengira dirinya saat di dunia, maka ringanlah saat dihisab di akhirat kelak.”

“Ya ALLAH, Ya Affuw, Ya Ghaffar, Ya Tawwab, ampunilah kami. Kami tidak tahu,” titipnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh tentang sedekah yang bermanfaat ketika hidup. Masih belum terlewat untuk melaksanakan sedekah barangan yang tidak diguna bagi mengelakkan hisab yang panjang.

“Sedekah yang bermanfaat adalah ketika masih hidup dan sihat.

“Ketahuilah duit simpanan di dalam bank bukan duit kita. Duit yang diinfakkan itu adalah duit yang kekal bersama kita di sana.

“Contohnya, kita sedekah kain batik arwah emak kepada orang. Kita bersyukur emak dapat pahala apabila orang menggunakannya

“Hakikatnya tidak. Apabila emak sudah mati, hartanya itu bukan lagi miliknya, ia sudah terputus dan tidak dikira sedekahnya. Allahuakbar.

“Barang kita pakai dan sedekahkan itulah yang bermanfaat manakala segala simpanan atau koleksi yang tidak dipakai kelak akan dihisab.

“Ia akan menyusahkan diri kita sendiri,” ujarnya.

Iklan

Pun begitu, dalam menyedekahkan koleksi peribadi, anda diingatkan agar tidak memberi pakaian atau barangan yang sudah tidak elok sebaliknya pilih yang masih baik untuk digunakan.

Kredit foto: Freepik

“Apabila sudah dikeluarkan koleksi lama, baharu boleh rancang untuk membeli yang lain kerana setiap apa yang kita simpan dan tidak diguna bertahun tahun itu juga akan dihisab.

“Semoga ALLAH mengampunkan kita semua kerana tidak tahu dan memperbaiki diri dan kekurangan lalu,”ujarnya.

Baca juga: Sedekah al-Fatihah buat diri sendiri setiap pagi, nikmati rasanya

PENJELASAN AGAMAWAN

Ustaz Syamil Esa dari Majlis Ulama Islam menjelaskan setiap nikmat yang ada akan dihisab dan dipersoal termasuk segala pakaian, makanan, hatta ilmu pengetahuan. Semua akan ditanya ke mana amalannya.

Ia berdasarkan hadis “ Tidak akan berganjak dua kaki anak Adam pada hari kiamat nanti hinggalah ditanya mengenai empat perkara : mengenai umurnya di mana dihabiskan, mengenai waktu mudanya ke mana digunakan, mengenai hartanya dari mana didapatkan dan ke mana ia dibelanjakan serta mengenai ilmu ke mana dia amalkannya”

Kemudian dalam al-Quran juga ALLAH berfirman dalam surah At-Takathur ayat 8:

“Kemudian kamu akan ditanya mengenai nikmat-nikmat (dikurniakan)”.

Justeru, segala hal berkaitan pemilikan akan dipersoal ke mana ia digunakan.

Iklan

Tidak salah untuk membeli pakaian baru atau menyimpan barang-barang tertentu, ia juga sebahagian daripada perkara yang halal yang diizinkan syariat.

Namun dalam berbelanja, mengumpul harta benda dan aset, ia perlu diseimbangkan dengan tanggungjawab kita di dunia. Apa pula yang kita sediakan sebagai jawapannya di akhirat.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Makanan yang dibuang, dicampak adalah habuan syaitan. Justeru jangan sesekali membazir apalagi mencela makanan

Sumber: Aishah Hasnah Arifin, MUIS

Kredit foto utama: Pexels 1, 2, Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!