DUNIA sekali lagi dikejutkan dengan kehilangan sebuah pesawat komersial Sriwijaya Air dilaporkan hilang kontak selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta untuk menuju ke Pontianak Sabtu lepas.

Menurut jurucakap Kementerian Perhubungan (Pengangkutan) Indonesia, pesawat komersial itu berlepas jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat dan dijadualkan tiba di Pontianak, jam 3.15 petang waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat).

Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang termasuk anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas beberapa minit berlepas.

Kerajaan Indonesia bertindak (Sabtu 9 Januari 2021)

Lokasi dikenal pasti dan kerajaan Indonesia mengarahkan 10 kapal Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL) ke titik koordinasi terakhir pesawat itu untuk operasi pencarian.

Pengarah Sriwijaya Air, Jefferson Irwin Jauwena mengesahkan pesawat syarikat berkenaan dalam keadaan baik sebelum dibenarkan terbang.

Pesawat berkenaan dalam keadaan ‘layak terbang’ mula beroperasi dengan Sriwijaya Air pada 1994.

Ahli keluarga mula berkumpul

Puluhan keluarga penumpang nahas pesawat Sriwijaya Air SJY182, berkumpul di Lapangan Terbang Supadio di Wilayah Kubu Raya, Kalimantan Barat, sejak malam Sabtu lalu.

Nelayan jumpa serpihan

Beberapa nelayan sekitar Pulau Lanchang di Laut Jawa mendakwa melihat pesawat Sriwijaya Air terhempas ketika hujan lebat.

Malah nelayan juga mendengar dua letupan kuat di lokasi sama tidak lama selepas itu.

Kompas.com melaporkan, tidak lama selepas itu nelayan juga menemui serpihan badan pesawat di perairan berkenaan jam 2 petang waktu tempan.

Pesawat terhempas di Kepulauan Seribu

Ketua Polis Metro Jaya (Jakarta) Yusri Yunus dipetik media tempatan berkata, terdapat maklumat awal daripada nelayan di kawasan berkenaan yang mendakwa pesawat berkenaan terhempas di perairan itu.

Menurut laporan televisyen tempatan, yang menyiarkan video dirakam nelayan, menunjukkan mereka (nelayan) menemukan beberapa serpihan kecil terapung di perairan berkenaan.

Cebisan daging dijumpai (Ahad 10 Januari 2021)

TV One Indonesia melaporkan sebuah kapal peronda pemerintah menjumpai cebisan daging manusia di sekitar lokasi yang mana pesawat itu dipercayai terjatuh.

Kapten kapal, Eko, berkata, mereka menuju ke lokasi berikutan laporan daripada nelayan tempatan yang mendengar bunyi letupan seperti guruh.

Kronologi nahas pesawat Boeing 737-500 SriwijayaManakala TV One Indonesia melaporkan sebuah kapal peronda pemerintah menjumpai cebisan daging manusia di sekitar lokasi di mana pesawat itu dipercayai terjatuh.

Iklan

Kapten kapal, Eko, berkata, mereka menuju ke lokasi berikutan laporan daripada nelayan tempatan yang mendengar bunyi letupan seperti guruh.

Anggota badan manusia dan serpihan bangkai pesawat Sriwijaya Air juga turut dijumpai.

“Setakat pagi ini, kami menerima dua (beg) mayat, salah satunya adalah barang dipercayai milik penumpang dan satu lagi mengandungi anggota badan manusia,” kata jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus.

Pencarian kotak hitam (Isnin 11 Januari 2021)

Operasi mencari dan menyelamat, SAR berjaya membawa keluar lapan lagi beg mayat dipercayai penumpang pesawat Sriwijaya Air SJ182 yang terhempas pada Sabtu.

Iklan

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 15 beg mayat ditempatkan di hospital setakat ini.

Kronologi nahas pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari ketiga akan memfokuskan kepada pencarian kotak hitam pesawat malang itu, lapor SuaraKalbar.id.

Isyarat daripada kotak hitam Sriwijaya Air SJ182 dikesan semalam sekitar lokasi dipercayai di mana pesawat itu terhempas.

Pencarian malam tadi bagaimanapun terpaksa ditangguh susulan keadaan terlalu gelap yang menyukarkan usaha pencarian.