TAHUKAH anda, Malaysia merupakan antara negara di Asia Tenggara yang mempunyai peratus obesiti paling tinggi?

Berdasarkan laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, seramai 33.7% rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas mempunyai masalah obesiti atau jisim indeks badan (BMI) 27.5kg/m2 dan ke atas.

Menurut NutritionistKKM, faktor yang menyumbang kepada kegemukan atau obesiti adalah tabiat makan hidangan bersama kuah banjir.

Adakah anda seorang penggemar kuah banjir? Ini 5 fakta yang perlu anda tahu;

1. Hidangan yang diambil bersama kuah banjir merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kegemukan atau obesiti.

2. Ini kerana kuah terutamanya yang bersantan dan berminyak bukan sahaja tinggi dengan lemak, tetapi juga tinggi dengan garam dan kalori.

3. Satu sudu makan kuah bersantan mengandungi 50 kalori. Jadi, cuba anda bayangkan berapa kalori yang terdapat dalam satu hidangan bersama kuah yang banjir.

Baca juga Makan banyak tapi tak gemuk, hati-hati kurus tak semestinya sihat

 

4. Tidak salah untuk makan makanan bersama kuah, tetapi pastikan anda mengambil kuah dalam kuantiti yang sederhana dan tidak banjir.

5. Semakin kurang kuah yang diambil, semakin bagus.

Selain itu, berikut adalah antara perkara yang tidak disangka boleh menyebabkan kegemukan;

1. Tidak cukup tidur

2. Waktu makan yang tidak teratur

3. Skip sarapan pagi

4. Tidak makan buah-buahan

Iklan

Baca juga 3 dari 10 orang hidap tekanan darah tinggi, jangan berhenti makan ubat walau rasa sihat, garam & obesiti bukan satu-satunya punca

obesiti

5. Suka makanan berkrim, cheesy, mayonis, dressing dan sos.

6. Gemar minum minuman yang manis dan mempunyai susu yang pekat seperti teh tarik.

Amalan hidup yang sihat seperti rajin bersenam dan bersukan boleh membantu anda untuk mengatasi masalah kegemukan.

Iklan

Dapatkan nasihat daripada doktor untuk menentukan tahap kesihatan anda.

Sumber: NutritionistKKM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!