ANDA pasti ada kenalan yang makan dengan banyak, suka makanan segera dan minuman manis, tetapi badan mereka sentiasa maintain kurus.

Ops! Tidak perlu cemburu kerana tubuh yang kurus itu, tidak semestinya sihat.

Walaupun memiliki berat badan ideal, tanpa disedari, akibat pemakanan dan gaya hidup, lemak mereka tersembunyi bersama organ orang penting di abdomen.

Situasi ini dikenali sebagai TOFI. ‘Thin Outside, Fat Inside’.

Hal ini, menjelaskan persoalan mengapa individu yang kurus turut menghidap penyakit penyakit metabolik seperti;

  • Kencing Manis
  • Darah Tinggi
  • Tinggi Kolesterol
  • Penyakit jantung dan strok
  • Jika anda perasan, individu TOFI ini tidak cergas, cepat penat dan kadang kala nampak pucat.

Baca juga Wanita maut kerana makan produk suplemen kurus, pakar kongsi kes-kes berbahaya melibatkan makanan tambahan

 

Situasi stres dan kurang tidur menyebabkan paras kortisol meningkat dan seterusnya meningkatkan lagi pengumpulan lemak di organ.

Baca juga Berlebihan ubat kurus buat organ dalaman rosak, obses ramping macam-macam penyakit singgah

TOFI sukar dikesan. Lemak tersembunyi itu hanya boleh dilihat menerusi ujian imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) atau ujian darah untuk mengesan paras kolesterol, gula dan fungsi organ.

Lebih bahaya, akibat sentiasa langsing, mereka tidak mengawal pemakanan dan tidak menjaga kesihatan. Mereka juga tidak pergi menjalani ujian saringan kesihatan seperti orang lain.

Jadi, tubuh kurus tidak bermakna anda lolos dari risiko penyakit metabolik.

Iklan

Makanlah dengan kadar sederhana, kurus bukan lesen untuk tidak menjaga kesihatan.

Baca juga Kesan lambat tapi berat turun, tak perlu tahan makan, ini cara diet setahun hilang 40kg

Semoga bermanfaat!

Iklan

Sumber: Public Health Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!