APA lagi yang boleh dibuat ketika lapar, sudah semestinya makan, betul tak?

Barangkali ramai yang sudah tahu bahawa makan pada lewat malam sebenarnya tidak baik untuk kesihatan, tetapi masih ramai yang tidak mempedulikannya.

Lebih-lebih lagi apabila sudah rasa tidak tahan terutama pada tengah malam buta, nak tak nak kita akan ambil keputusan mudah dengan menikmati makanan ringan seperti mi segera, keropok dan sebagainya untuk mengalas perut.

Pakar Kardiologi, Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Dr Beni Isman Rusani menerusi laman Twitternya berkongsi mengenai risiko makan lewat malam.

Kata Dr Beni Isman, sewaktu lapar, badan kita akan menghasilkan insulin yang mana pada saat itu tubuh kita tidak memerlukan banyak tenaga untuk digunakan.

Lantaran itu, lebih banyak gula disimpan dan akan menjadi lemak, sekali gus meningkatkan risiko diabetes dan obesiti, katanya.

Baca juga: Kurangkan berat badan, obesiti kecilkan otak. Ini fakta mengenainya

Laman web Healthline turut berkongsi dampak negatif jika tabiat makan lewat malam terus dipraktikkan. Ini inti pati yang wajib kita ambil tahu:

1. Peningkatan berat badan


– Kajian mendapati bahawa keupayaan tubuh membakar lemak sewaktu siang hari lebih produktif berbanding pada waktu malam.
– Mengehadkan pengambilan makanan pada waktu malam akan mengurangkan pengambilan kalori, sekali gus menghalang penambahan berat badan.

2. Sindrom metabolik


– Ia merupakan gangguan yang berlaku bersama-sama disebabkan oleh rintangan insulin, obesiti, tekanan darah tinggi dan kolesterol yang tinggi.
– Terdapat satu kajian menunjukkan, mereka yang makan pada jam 9 malam mempunyai paras gula dalam darah lebih tinggi berbanding mereka yang makan malam pada jam 6 petang.

Baca juga: Waspada, kanak-kanak 10 tahun kini sudah derita diabetes angkara obesiti

3. Refluks asid

Iklan


– Asid refluks merupakan satu keadaan yang mana otot yang dikenali sebagai lower esophageal sphincter menjadi lemah, jus menjadi berasid daripada perut dibenarkan untuk mengalir kembali ke dalam esophagus.
– Menyebabkan rasa pedih ulu hati, sakit dada yang kuat seperti berlakunya serangan jantung, rasa masam di dalam mulut dan perubahan suara.
– Satu kajian menunjukkan, mereka yang makan pada jam 6 petang dapat mengurangkan gejala refluks asid.

4. Tabiat makan berulang-ulang


– Satu kajian yang melibatkan 104 individu yang obesiti mendapati, 45 peratus daripada merekaa memilih manisan sebagai snek pada waktu malam.
– Pemilihan makanan yang kurang mengenyangkan itu secara tidak langsung akan mendorong kepada keinginan untuk makan berulang kali sehingga membawa kepada krisis obesiti.

Justeru, sudah tahu makan pada lewat malam sememangnya tidak bagus, adalah lebih baik kita menghindarinya.

Iklan

Kalau sudah gemuk, macam-macam penyakit boleh menimpa kita. Tiada siapa yang dapat membantu diri kita kecuali kita sendiri. Pelan diet anda, tetapi jangan sampai makan diri!

Baca juga: Masalah obesiti ada kaitan dengan telinga tersumbat? Berikut kata pakar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.