Kucing dimandulkan cenderung lebih sihat dan hidup lama, ini tip penjagaan selepas bedah

A
A
A

OLEH: HAMIZAH BASIR

TAHUKAH korang pemandulan kucing atau neuter membawa kebaikan pada haiwan kesayangan korang.

Kajian menunjukkan bahawa kucing yang telah dimandulkan cenderung untuk lebih sihat dan hidup lebih lama.

Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diutamakan dan diberi perhatian oleh penjaga haiwan kesayangan selepas kucing dimandulkan.

Berikut adalah beberapa tip penjagaan kucing selepas pemandulan.

1. Pengambilan makanan

  • Sediakan sedikit makanan selepas pembedahan dan sambung semula ke jumlah biasa pada keesokan harinya, mengikut rujukan jumlah makanan harian yang terdapat pada pek makanan haiwan masing-masing.
  • Berikan makanan yang bersesuaian dan khas untuk kucing yang telah dimandulkan. Varian ini selalunya boleh didapati di kedai-kedai haiwan peliharaan.
  • Sebaiknya ubah diet kucing korang secara beransur-ansur untuk mereka menyesuaikan diri dengan makanan baharu.
  • Adalah normal jika kucing tidak makan dengan segera tetapi jika mereka tidak makan dan minum secara normal dalam tempoh 48 jam selepas pembedahan, anda perlu berjumpa doktor haiwan dengan segera.

2. Pantau tapak luka pembedahan

  • Perhatikan jika berlaku pembengkakan, perubahan warna, atau perkumuhan. Rujuk doktor haiwan dengan segera.
  • Pantau kucing korang secara kerap untuk mengelakkannya menjilat tapak pembedahan kerana ia boleh melambatkan proses penyembuhan.

3. Rehat yang mencukupi selepas pembedahan

  • Jaga kucing anda di dalam rumah dan biarkan mereka berehat sekurang-kurangnya seminggu.
  • Terlalu banyak pergerakan seperti menaiki tangga, melompat atau bermain secara agresif boleh melambatkan proses penyembuhan.

Kucing dimandulkan cenderung lebih sihat dan hidup lama, ini tip penjagaan selepas bedah

4. Tabiat buang air kecil dan besar

  • Sebaiknya gunakan pasir kucing yang diperbuat daripada kertas untuk mengurangkan risiko jangkitan pada tapak pembedahan sepanjang tempoh pemulihan.
  • Pemilik haiwan peliharaan harus rajin mengganti pasir kucing untuk menggalakkan penggunaan tandas oleh haiwan anda.

Baca juga Black-Footed Cat, kucing kecil berbahaya. Memburu lebih daripada harimau bintang!

5. Sediakan ruang rehat yang selesa

  • Sekiranya kucing tidak mempunyai tempat tidur, cubalah melapisi kotak dengan bantal lembut atau selimut.
  • Pastikan tempat tidur berada di tempat yang rendah untuk mengelakkan kucing korang daripada melompat secara berlebihan.

Tips ini dibawakan oleh Royal Canin Malaysia.

Royal Canin mencadangkan untuk berikan FHN Sterilised kepada si bulus, nutrisi sihat khas untuk kucing dewasa yang telah dimandulkan. Ianya terdapat dalam bentuk makanan kering dan basah mengikut kesukaan kucing kesayangan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca