Kunyah makanan perlahan-lahan, cara mudah kawal berat badan
PENGAMBILAN makanan secara tidak terkawal boleh menyebabkan peningkatan berat badan secara mendadak.
Selain itu, ia turut meningkatkan risiko berhadapan pelbagai jenis penyakit kronik.
Sehubungan itu, pengekalan berat badan perlu diambil serius buat semua individu supaya tidak mengalami obesiti.
Dengan mengamalkan pengambilan makanan dengan mengikut panduan makan secara sihat akan membantu mengawal berat badan serta kita dapat menikmati makanan tanpa menjejaskan kesihatan.
Ini tujuh tip mengelakkan pengambilan makanan berlebihan;
1. Mengunyah makanan secara perlahan
- 20 minit masa diperlukan untuk menghantar mesej ke otak bahawa perut sudah penuh dan kenyang.
- Makan dengan cepat menjadikan jumlah makanan yang diambil bertambah.
2. Makan mengikut waktu, elak melangkau waktu makan.
3. Makan mengikut keperluan sahaja.
- Jika banyak jenis makanan dihidangkan, cukuplah sekadar merasa sahaja setiap makanan. Elak makan sehingga kenyang.
4. Pilih menu makanan yang dimasak dengan kaedah sihat.
- Seperti kukus, rebus, sup, bakar dan digoreng dengan menggunakan minyak yang sedikit.
5. Susun lauk atau ulam di atas pinggan secara teratur.
- Elakkan menimbun makanan bagi mengurangkan makan secara berlebihan.
Baca juga Si kecil dijangkiti kutu rambut, ini tip mudah yang boleh diambil
6. Ambil hidangan makanan dalam sukatan kecil.
- Menggunakan piring atau pinggan kecil.
7. Saiz makanan yang kecil
- Apabila menghadiri jamuan atau kenduri, ambil hidangan hanya dalam saiz yang kecil.
Sumber: KKM
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang