Lagi kes anak rentung ketika ditinggalkan sendirian, ini pengetahuan untuk ibu bapa
Lagi kes anak rentung ketika ditinggalkan sendirian, ini pengetahuan untuk ibu bapa
TRAGEDI melibatkan anak-anak ditinggalkan ibu bapa maut berulang lagi apabila dua orang kanak-kanak rentung di dalam rumahnya sendiri di Gombak, semalam.
Jika sebelum ini, kes sedemikian turut terjadi di Johor pada September tahun lalu melibatkan dua beradik ‘hilang’ sekelip mata hanya dalam masa 15 minit ditinggalkan ibunya membuang sampah.
Sama kejadian yang berlaku semalam, dua beradik, Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 9, dan adik lelakinya berusia enam tahun Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan rentung ketika ditinggalkan ibu bapa yang keluar makan kira-kira jam 3 pagi.
Kejadian tersebut ternyata meruntun hati ramai. Tiada ibu bapa yang mahu anak menjadi korban dalam tragedi kebakaran seperti itu.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak-anak tanpa pengawasan yang sewajarnya boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
Baca juga Kebakaran Jakel tular, orang awam jangan hampiri lokasi, 30 tip perlu buat semasa, selepas elak maut
Ujarnya, tindakan boleh dikenakan sekiranya terdapat unsur sedemikian berdasarkan laporan penuh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Saya ingin menasihati ibu bapa dan penjaga agar sentiasa menjaga, mengawasi dan tidak mengabaikan anak-anak.
"Jiran tetangga serta komuniti setempat juga perlu melaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekiranya terdapat kes kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa pengawasan serta diabaikan," katanya dalam kenyataan.
Baca juga Tak sampai 24 jam dua kali dijilat api, berikut 9 fakta kebakaran Wisma Jakel
Sementara itu, menurut Akta Kanak-Kanak 2001, kesalahan kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan merangkumi;
33. Mana-mana orang, yang merupakan ibu atau bapa atau penjaga atau orang yang pada masa itu mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak, yang meninggalkan kanak-kanak itu;
(a) tanpa mengadakan persediaan bagi pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan bagi kanak-kanak itu;
(b) selama suatu tempoh yang tidak berpatutan memandangkan semua hal keadaan; atau
(c) dalam keadaan yang tidak berpatutan memandangkan semua hal keadaan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Semoga bermanfaat!
Sumber: kpwkm.gov.my
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang