Tak sampai 24 jam dua kali dijilat api, berikut 9 fakta kebakaran Wisma Jakel

A
A
A

Tak sampai 24 jam dua kali dijilat api, berikut 9 fakta kebakaran Wisma Jakel

GEDUNG tekstil terkemuka, Jakel cawangan Shah Alam hampir musnah dalam kejadian kebakaran pada awal pagi semalam.

Kebakaran itu memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Api yang marak berjaya dipadamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), namun gedung itu terbakar lagi pada sebelah malamnya.

Baca juga Tak sampai 24 jam dua kali dijilat api, berikut 9 fakta kebakaran Wisma Jakel

Memetik laporan portal tempatan, berikut fakta kejadian;

1. Menurut Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 7.08 pagi semalam.

2. Sepasukan pegawai dan anggota serta aset daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, BBP Kota Anggerik, BBP Subang, BBP Kota Raja, BBP Damansara, BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong dikerahkan ke lokasi kejadian.

3. Sebaik tiba, didapati kebakaran membabitkan satu lot kedai tiga tingkat yang sedang terbakar 80 peratus.

4. Menurut Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norizham Mohd Nurdin, bagi mengenal pasti punca kebakaran, pihaknya menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan K9 (unit K9).

Baca juga #SiBibirMerah: Tinggal tak sampai 15 minit, 2 beradik maut rentung. Ibu ayah jadikan ini pengajaran

5. Bagaimanapun tak sampai 24 jam, premis itu dilaporkan terbakar kali kedua malam tadi melibatkan bahagian simpanan kain langsir berkeluasan 30x40 kaki persegi di tingkat tiga.

6. Menurut Norazam, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada 12.40 tengah malam.

7. Susulan itu katanya, sepasukan pegawai, anggota serta aset Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam; BBP Puchong; BBP Kota Anggerik;BBP Damansara; BBP Sungai Pinang; BBP Petaling Jaya dan BBP Kota Raja bergegas ke lokasi kejadian.

8. Pasukan bomba tiba di lokasi pada 12.52 tengah malam dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 1.45 pagi.

9. Api kemudian berjaya dipadamkan keseluruhannya pada 3.07 pagi dan kerja-kerja overhaul dilakukan.

Baca juga Kebakaran Jakel tular, orang awam jangan hampiri lokasi, 30 tip perlu buat semasa, selepas elak maut

Kredit foto: JBPM Selangor

Terdahulu, gedung tekstil itu dilaporkan terbakar awal pagi 1 Januari lalu dan bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada 7.08 pagi sebelum kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira 10 jam kemudian.

Orang ramai juga dinasihat tidak mengeluarkan sebarang spekulasi atau andaian berkaitan kebakaran tersebut.

Jangan bergembira atas kesedihan orang lain, atau sewenang-wenangnya membuat sebarang dakwaan yang tidak sahih sedangkan kita tidak tahu punca sebenar.

Dakwaan boleh dikenakan tindakan undang-undang yang tegas. Jika laporan bomba sebaliknya, pihak pemilik boleh ambil tindakan sivil atau saman malu.

Sumber: Sinar Harian, hmetro, astroawani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca