Lagi pokok tumbang di ibu kota, hempap kenderaan di Jalan Pinang

A
A
A

[DIKEMAS KINI] INSIDEN pokok tumbang menghempap kenderaan di ibu kembali berulang apabila sebatang daripadanya dilaporkan berlaku di hadapan Menara Prestige, Jalan Pinang.

Ia terjadi susulan hujan lebat dan angin kuat petang ini. Lokasi kejadian difahamkan berhadapan Kuwait Bank.

Sebanyak lapan kenderaan melibatkan tiga buah kereta dan lima motosikal dihempap dalam kejadian pada jam 3 petang itu.

Rakaman yang tular di laman sosial WhatsApp memaparkan deretan motosikal dan kereta diparkir dihempap pokok besar berkenaan.

Baca juga: Hujan lebat di Kuala Lumpur, pokok besar tumbang ragut satu nyawa, seorang cedera. 5 info perlu tahu

Baca juga: Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu

Baca juga: Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. 'Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah'

Menurut perkongsian Facebook Hot FM, pokok yang tumbang hampir  mengenai kenderaan dinaiki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Baca juga: Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

Baca juga: Meninggal ketika mencari rezeki, hujan lebat di ibu kota ragut nyawa

Bagaimanapun, keadaan beliau dan kenderaan yang dinaiki jenis Lexus 350 dilaporkan dalam keadaan selamat.

Susulan kejadian itu, laluan tersebut terpaksa ditutup sementara bagi proses pembersihan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengesahkan tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut.

28 POKOK BERISIKO

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilaporkan telah mengenal pasti 28 pokok berisiko tinggi di pusat bandar dan menjadualkannya untuk dibuang

Menurut New Straits Times, susulan insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail minggu lalu, DBKL telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah mengambil langkah untuk mengenal pasti pokok tua dan berisiko tinggi sejak 2019.

Ia berkata ahli arboris bertauliahnya telah menjalankan pemeriksaan rutin ke atas pokok berumur lebih 30 tahun dan dengan lilitan melebihi 1.5meter.

Baca juga: 135 tahun megah berdiri akhirnya rebah ke bumi, pokok ikon Taman Tasik Taiping tumbang dipukul ribut

Baca juga: 136 tahun berdiri gagah, pokok ikon Taman Tasik Taiping disahkan reput, berikut 7 info mengenainya

DBKL berkata pihaknya telah mengenal pasti 175 pokok berisiko tinggi yang kebanyakannya berumur lebih 50 tahun. Daripada jumlah itu, 147 pokok telah ditebang, manakala 28 dijadual untuk diambil tindakan segera.

Ujarnya, pokok berisiko tinggi adalah pokok yang berpotensi tinggi untuk kegagalan struktur dan runtuh.

"Ia dikenal pasti melalui penggunaan resistograf, picus tomograph, atau penilaian visual untuk mengesan kecacatan pokok, seperti dahan atau akar yang rosak atau reput, struktur pokok yang condong atau tidak seimbang, dan rekahan pada dahan dan pangkal pokok.

"Tindakan lanjut, seperti pemangkasan, pengurangan saiz kanopi pokok (crown reduction) pemangkasan terpilih dan penebangan akan dilakukan mengikut keperluan," katanya.

'TEBANG POKOK BERISIKO TINGGI' - DR ZALIHA

Susulan kejadian pokok tumbang di Jalan Pinang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan segera dengan menebang pokok yang berisiko tinggi di Kuala Lumpur.

Ia susulan berlaku insiden pokok tumbang pada Isnin yang hanya berselang seminggu dari kejadian di Jalan Sultan Ismail.

Beliau berkata, pada masa sama, DBKL juga telah diarahkan untuk menambah baik Pelan Pengurusan Pokok Rendang dan menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi yang dijangka siap pada Julai 2024 agar insiden sama tidak berulang dalam jangka masa panjang

"Bagi memastikan kelestarian alam terus dijaga dan diberi perhatian, DBKL juga perlu memperincikan program penggantian semula pokok termasuk meneliti kaedah-kaedah bagi memastikan pokok terbabit utuh dan selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca