"Lain kali umum awal-awal, rugi besar baju dah beli" - netizen ralat PKP 3.0 saat akhir persiapan raya

A
A
A

SELEPAS pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa buah negeri, terbaharu kerajaan mengumumkan perintah tersebut berkuatkuasa di seluruh negara.

PKP yang bermula antara 12 Mei hingga 12 Jun 2021 itu turut menyebabkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri berubah.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin keputusan tersebut diambik ekoran trend kes harian Covid-19 mencatatkan peningkatan.

Dengan jumlah harian melebihi 4,000 kes dan 37,396 kes aktif dengan 1,700 kes kematian dilaporkan setakat 10 Mei 2021, negara kini berhadapan gelombang ketiga Covid-19 yang boleh mencetuskan krisis nasional.

Justeru, kerajaan mengambil langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak berkenaan dalam kalangan masyarakat khususnya.

“Data dan sains terus menunjukkan bahawa aktiviti perhimpunan yang menyukarkan penjarakan sosial dan keberadaan orang ramai di dalam ruang yang sesak menjadi punca utama penularan Covid-19.

“Rantaian jangkitan ini hanya dapat diputuskan dengan menggalakkan orang ramai duduk di rumah menerusi kawalan pergerakan yang lebih ketat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Muhyidin turut memaklumkan kewujudan varian-varian baharu dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi dan kekangan ke atas kapasiti sistem kesihatan awam semakin meruncing.

Kelemahan pematuhan SOP oleh sesetengah masyarakat mendorong kerajaan mengambil tindakan drastik bagi mengelakkan negara terjerumus malapetaka kesihatan yang lebih parah.

Pengumuman PKP 3.0 itu nampaknya mencetuskan pelbagai reaksi mendukacitakan, lebih-lebih lagi menjelang saat akhir umat Islam melakukan persiapan hari raya.

Antara luahan warga maya:

“Sudah ku duga , pasti akan dibuat PKP menyeluruh. Sedih nyee weiii , kemenangan umat Islam, tapi jadi sebaliknya dah ?.”- @Llukphitrisyach

“Lain kali announced la awal-awal. Takde la kami buat koi raya banyak-banyak. Jemssss betuii lagu ni. Mujur baju raya tak beli. Takde la ralat sangat?.”- @a.miegha

“Rugi besar aku tahun ni. Adehhhh dugaan.. Baju raya dah beli.. Kuih raya dah beli banyak.. Tak apalah.. Dugaan bulan puasa.. Kalau tahu mcm ni buat biasa2 je.. ?.”- @khoirolbashar

“Bersabarla korang. Tengok je la sekarang ini kes kita dah beribu riban. Tolong sedar please.”- @shairilthekicker

Semoga korang bersabar dan memahami bahawa keputusan terbabit adalah untuk kepentingan bersama. #kitajagakita

Sumber: Instagram MKN

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca