SINGAPURA dan Malaysia akan melancarkan laluan perjalanan yang divaksin (VTL) antara Lapangan Terbang Changi dan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) bermula 29 November ini.

Perkara tersebut diumumkan dalam satu kenyataan bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob selepas kedua-dua pemimpin bercakap melalui telefon hari ini.

“Perdana Menteri mengakui bahawa Covid-19 telah memutuskan hubungan dengan orang antara kedua-dua negara, dan memisahkan keluarga selama beberapa bulan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Memandangkan pencapaian ketara yang diperolehi kedua-dua negara dalam vaksin rakyat masing-masing dan menguruskan pandemik Covid-19, perdana menteri bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk meneruskan perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara secara progresif dengan cara yang selamat,” ujarnya.

Selain itu, ia merupakan VTL pertama Malaysia.

Di bawah VTL, pengembara yang telah divaksin sepenuhnya akan dapat melakukan perjalanan antara Singapura dan Malaysia dan tertakluk kepada ujian Covid-19 sebagai ganti menjalani kuarantin atau notis tinggal di rumah.

Rakyat Malaysia ingin pulang dari Singapura boleh mohon di MyTravelPass

Tambah kenyataan itu, kedua-dua pemimpin juga berharap untuk memulihkan perjalanan merentasi hubungan darat antara kedua-dua negara dalam masa terdekat.

Iklan

“Mereka gembira melihat kemajuan baik dalam perbincangan terperinci yang berterusan mengenai skim perjalanan vaksin yang serupa, untuk membuka semula perjalanan merentasi Tambak dan Link Kedua, dengan mengambil kira situasi kesihatan awam di Johor dan Singapura,” katanya.

Baca juga Kanak-kanak lemas dalam kolam buatan sendiri, ibu bapa ambil iktibar awasi anak

Nampaknya, ia memudahkan perjalanan orang ramai kedua-dua negara.

Iklan

Jadi bolehlah siap sedia untuk melancong ke Singapura dan yang paling penting patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sumber: CNA