Lancar ‘jingle’ pertama hasil sentuhan Aina Abdul, ZSG mahu kukuhkan jenama dalam industri katering
BUKAN mudah untuk sesebuah syarikat bertapak lama dalam industri katering.
Namun, Zai Sri Gemilang (ZSG) membuktikan, berkat komitmen jitu dan usaha gigih, pihaknya berjaya mengukuhkan jenama dalam industri katering selama 20 tahun.
Terbaharu, ZSG melangkah setapak lagi apabola berkolaboratif bersama penyanyi terkenal, Aina Abdul menerusi 'jingle' rasmi Zai Sri Gemilang.
SinarPlus yang dijemput dalam majlis pelancaran Dendang Iklan Zai Sri Gemilang di MBSA Convention Centre, baru-baru ini berkesempatan menemu bual Pengarah Urusan ZSG, Datin Zaiton Abdul Rahman.
Menurut beliau, pihaknya teruja dengan projek yang dicipta bersama itu sekali gus mencerminkan dedikasi dan kreativiti semua pihak.
“Setiap projek dan inisiatif yang telah dilaksanakan itu menjadi aspek penting daripada semua yang terbabit bagi menjayakan 'jingle' rasmi ZSG.
"Justeru, saya cukup berbangga dengan hasil kerja yang telah diciptakan bersama itu,” katanya.
Dedah beliau lagi, jalinan kerjasama antara ZSG dan pelantun lagu Sumpah itu bermula sejak setahun lalu.
Daripada situ, pihaknya sering terlibat dalam penyediaan makanan serta minuman di majlis yang dianjurkan oleh Aina.
“Kalau sesiapa perasan di muzik video Jangan Mati Rasa Itu, ada nama syarikat kami di penghujung klip terbabit. Dari situ, kami banyak memberikan kerjasama dengan Aina untuk menyediakan katering.
“Dari pelancaran lagu, album dan konsert, kami di ZSG sentiasa memberikan sokongan kepada Aina. Sehinggalah kemuncak kerjasama apabila terhasillnya ‘jingle’ ini,” katanya.
Tambah Zaiton lagi, Aina memberikan kerjasama yang baik selain banyak aktiviti dilakukan termasuklah Aina sendiri melakukan 'shout out' pakej perkahwinan Zai Sri Gemilang.
“Alhamduillah sangat-sangat, Aina ada juga beberapa kali menghadirkan diri di acara bagi mempromosikan pakej ZSG kepada bakal pengantin.
“Semuanya berjalan dengan baik dan kami berpuas hati dengan komitmen sepanjang setahun kami bekerjasama. Malah, Alhamdulillah, orang mulai percaya dengan kami sekaligus membantu meningkatkan hasil pendapatan,” jelasnya.
One stop centre
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ZSG iaitu Norhafizah Abd Karim berkata, selepas 20 tahun, pihak ZSG mula memikirkan untuk menggunakan pengaruh selebriti sebagai bahan mempromosikan perkhidmatan mereka.
“Setiap tahun kita ada perubahan, jadi untuk tahun ini kita mulakan dengan menggunakan artis sebagai tujuan promosi.
“Sebenarnya, sejak dari 2019, kami telah beberapa kali menaja katering bagi perkahwinan artis.
“Aina bersama dengan kami dari Ogos tahun lalu sehinggalah Ogos tahun ini. Maka, sebagai kemuncaknya kami bekerjasama menghasilkan ‘jingle’ bersama Aina.
Berbicara lanjut mengenai servis ZSG, kata Norhafizah, mereka bukan sahaja sekadar menyediakan makanan malah turut menawarkan pakej perkahwinan lengkap termasuklah dewan, pelamin, jurugambar serta pengacara majlis di bawah satu bumbung.
“Kami di ZSG diibaratkan sebagai ’one stop centre’ untuk bakal-bakal pengantin. Kami juga datangkan sekali pakej dekorasi makanan standard hotel.
“Kita memahami kesibukan anak-anak muda yang dah merancang untuk berkahwin tapi tiada masa untuk fikirkan sebuah majlis perkahwinan.
“Bakal pengantin boleh datang kepada kami dan kami akan bantu menguruskan majlis kahwin mengikut kehendak mereka. Kami komited merealisasikan impian perkahwinan kepada realiti.
ZSG akan berada di MBSA Convention Centre, Shah Alam pada 3 November depan, pukul 11 pagi hingga 6 petang.
Ia merupakan projek sulung syarikat itu menganjurkan Pameran Perkahwinan secara Mega setelah beberapa siri Hari Terbuka yang dijalankan setiap tahun.
Malah, ZSG turut menawarkan promosi akhir tahun kepada bakal pengantin yang sedang merancang hari bahagia pada tahun hadapan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang