Lazada Ada Sentuhan Raya, tawar pilihan terbaik untuk para ibu
MENJELANG Ramadan, pasti banyak plan yang sudah dirancang bagi memeriahkan lagi sambutan bulan mulia termasuk pilihan menu berbuka puasa mahupun sahur.
Semestinya, para ibu sudah memilih senarai juadah menarik yang ingin dicuba dan dimasak sendiri sepanjang tempoh sebulan nanti.
Tidak kurang juga, ada berhasrat untuk membuat biskut atau kek raya sendiri. Mana-mana pun pilihan, apa yang penting kelengkapan dapur mesti mencukupi.
Memahami kehendak para suri rumah dan isteri bekerjaya, Lazada menawarkan sesuatu yang menarik sempena Lazada Ada Sentuhan Raya.
Bermula 1 April hingga 15 Mei ini, Lazada menyajikan pelbagai pilihan menarik untuk para ibu khususnya pengantin baharu yang mencari-cari perkakas dapur pada harga berbaloi.
Ya! Potongan baucar hingga 50 peratus diberikan kepada pelanggan Lazada yang ingin membeli peralatan untuk memasak kek dan biskut raya.
Meskipun masih awal, tetapi apa salahnya untuk membuat persiapan awal kerana harga yang diberikan memang wajar direbut.
Sebagai contoh, oven elektrik jenama Khind dijual pada harga RM105 selepas potongan 47 peratus berbanding nilai asal.
Untuk mereka yang mahu upgrade oven sedia ada, bolehlah usha jenama Kelen Munoz berkapasiti 60 liter.
Harga asal dipaparkan iaitu RM1,162.88 tetapi tawaran menarik RM318.88 sahaja selepas diskaun 73 peratus. Banyak kan?
Bukan itu sahaja, banyak jenama mewah dan bertaraf antarabangsa ditawarkan untuk memberi pilihan berbaloi kepada pelanggan setia.
Tidak sempurna jika sudah membeli perkakas seperti oven dan mixer, barangan untuk membuat kek atau biskut tidak dimasukkan sekali dalam troli online.
Cukup mudah, hanya klik pada Shop By Needs, pelbagai ramuan dan bahan-bahan untuk memasak disenarai panjang dalam satu carian.
Jadi, tidak perlulah beratur panjang untuk membeli di kedai menjual barangan kek dan biskut sepanjang bulan puasa nanti.
Lebih-lebih lagi, kebanyakan kedai perlu mematuhi prosedur operasi standard dan mengehadkan bilangan pelanggan masuk ke dalam kedai, kan?
Bagi mereka yang rambang mata, boleh pertimbangkan tawaran Top Deals dan Shop By Brands untuk memudahkan carian barangan.
Pilihan tempat simpanan makanan pun banyak ditawarkan pada harga yang anda boleh nilai sendiri. Apa yang pasti, kena bijak memilih untuk item idaman.
Promosi tudung saji viral pun ada bermula daripada RM18.71 hingga RM34.89, bergantung kepada pilihan kualiti masing-masing.
Jadi apa tunggu lagi? Sementara stok masih ada, cepat-cepat cuci mata untuk memilih produk pilihan yang banyak ditawarkan di Lazada.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang