Lelaki kena tahu apa kaitan wanita dengan nanas, epal

A
A
A

SEJAK semalam, tular di dalam laman sosial Instagram Story golongan wanita mempamerkan imej buah-buahan pilihan tanpa perlu meletakkan sebarang kapsyen.

Ada yang memuat naik buah strawberi, pisang, nanas dan ceri. Tidak kurang juga memilih imej buah lemon dan kismis.

Sesetengah pihak berpendapat kaum Hawa sedang bermain game kenali buah-buahan termasuk kempen kesedaran mengamalkan pemakanan sihat.

Namun begitu, selepas diteliti menerusi Twitter, Instagram dan Facebook rupa-rupanya ia merupakan salah satu aktiviti kesedaran kempen kanser payudara.

Setiap buah yang dikongsi mewakili status hubungan masing-masing. Buah beri biru misalnya, simbolik pada 'saya bujang', buah epal pula, 'saya sudah bertunang' manakala buah avokado menjelaskan 'saya sudah dimiliki'.

buah wanitaSETIAP jenis buah mempunyai maksud status hubungan seseorang wanita.

Lucunya, game berkenaan turut menarik perhatian golongan jejaka sehingga mereka mencipta permainan serupa, tetapi menggunakan sayur-sayuran.

Menurut pemilik akaun Twitter, @azabulkalam secara berjenaka: "Oh, gambar buah-buahan itu untuk perempuan je eh. Ni thread balas gambar bagi lelaki pula.

Dalam ciapan berkenaan beliau memuat naik koleksi gambar sayur seperti bawang putih, cili kering, cili padi hijau, kentang, tomato, bawang besar dan banyak lagi.

Bagaimanapun, segelintir warga net turut mempersoalkan signifikasi status hubungan wanita mewakili buah-buahan dengan kempen kesedaran payu dara.

"Okay...kalau nak menjelaskan status hubungan wanita sama ada masih bujang, bertunang atau bujang dengan imej buah-buahan tiada masalah.

"Tapi, apa pula kena mengenai status hubungan itu dan buah dalam tujuan meningkatkan kesedaran kempen payu dara?," coret seorang pemilik akaun yang keliru dengan permainan di dalam laman sosial tersebut.

kempen kesedaran payudaraRIBEN merah jambu simbol kepada kesedaran kanser payudara. Foto: Canva

Simbolik buah-buahan

Beri biru - saya bujang

Nanas - hubungan saya rumit

Rasberi - saya tidak memerlukan komitmen

Epal- saya sudah bertunang

Ceri- saya sedang menjalinkan hubungan

Pisang - saya sudah berkahwin

Avokado - saya sudah dimiliki

Strawberi - saya belum menemui lelaki terbaik

Lemon - saya ingin terus membujang

Kismis - saya ingin berkahwin dengan pasangan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca