Lelaki muntah teruk 10 kali sehari selepas hisap vape. Rupa-rupanya ada ganja berbahaya!

A
A
A

BARU-BARU ini, seorang lelaki berusia 30-an datang ke klinik selepas mengadu baru kali pertama menggunakan vape setelah diajak oleh rakannya.

Namun, selepas dua hari menggunakannya beliau membuat keputusan untuk memberhentikan pengambilan rokok elektronik itu.

Bagaimanapun, kata doktor perubatan, Dr Widatul 'Adilah Hassan Din menerusi Facebooknya, lelaki berkenaan telah mendapati terdapat beberapa simptom luar biasa yang mula muncul. Antaranya seperti:

i) Muntah-muntah yang teruk selama empat hari (10 kali dalam sehari)

ii) Tidak boleh makan dan minum

iii) Gagal tidur malam

iv) Sentiasa rasa resah

v) Sakit-sakit badan

vi) Hilang tumpuan

vii) Jantung berdebar-debar.

Dr Widatul 'Adilah berkata, ujian air kencing menggunakan kit multi drug test telah menunjukkan lelaki itu positif tetrahydrocannabinol (TCH).

"Dadah itu lebih dikenali dengan nama ganja atau marijuana juga cannabis," terangnya.

Bagaimana cecair vape boleh mengandungi dadah berbahaya?

Pegawai perubatan itu kemudian merujuk kejadian e-cigarette or vaping use-associated lung injury (EVALI) yang berlaku di Amerika Syarikat beberapa tahun lalu.

Insiden tersebut telah menyebabkan lebih 60 nyawa melayang disebabkan penggunaan cecair vape yang mengandungi THC.

"Oleh itu, berhati-hatilah wahai vaper tegar sekalian.

"Ingat, ibu bapa bapa juga perlu pantau anak masing-masing kerana cecair vape dijual di merata-rata tempat," pesannya.

Foto: sarawakvoice.com

Jadi, nasihat SinarPlus kepada orang ramai jaga diri anda sendiri.

Baca juga: Ibarat bom jangka. Perokok dan penghisap vape berisiko tinggi dijangkiti Covid-19

Tinggallah perkara yang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan tubuh badan.

Pilihan baik atau buruk, semua di dalam tangan masing-masing.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca