Lepas berbuka, makan berat atau solat Maghrib dulu? Ini yang lebih afdal

MUNGKIN ramai yang memilih untuk berbuka puasa di masjid atau surau yang mana rata-rata menyediakan juadah ringan terlebih dahulu seperti segelas air dan buah kurma.

Kemudian mereka terus bersiap untuk solat maghrib berjemaah dan setelah itu barulah makan juadah berat.

Adakah perkara ini lebih afdal atau bolehkah kita makan berat dahulu semasa berbuka kemudian baru mendirikan solat?

Baca juga: Solat tarawih sedangkan solat fardu belum diqada? Ini jawapan agamawan

Kredit foto: Freepik

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan amalan sunnah adalah menyegerakan berbuka puasa sebaik sahaja telah dipastikan bahawa matahari telah terbenam. Berikut lima info berkaitan:

1-Berkenaan isu mendirikan solat dalam keadaan makanan telah terhidang, terdapat beberapa riwayat yang menyebut berkaitan hal ini.

Antaranya adalah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Atiq RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لاَ صَلاَةَ بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ وَلاَ وَهُوَ يُدَافِعُهُ الأَخْبَثَانِ

Maksudnya: Tidak sempurna solat dengan keberadaan makanan (yang telah terhidang) dan begitu juga tidak sempurna solat bagi mereka yang menahan air kecil dan air besar.

Riwayat Muslim (560)

2-Implikasi hukumnya adalah makruh solat dalam keadaan makanan telah dihidangkan sama seperti makruh solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan air besar.

3-Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ عَلَى الطَّعَامِ فَلاَ يَعْجَلْ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ، وَإِنْ أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ

Maksudnya: Apabila salah seorang kamu berada di hadapan hidangan makan maka janganlah dia bersegera sehinggalah dia menyelesaikan hajatnya dari makanan tersebut, meskipun solat telah didirikan.

Riwayat Al-Bukhari (674)

4-Sebagai kesimpulan, sekiranya juadah berbuka puasa telah dihidangkan, hendaklah seseorang itu menyelesaikan makan berbuka terlebih dahulu dan kemudian barulah menunaikan solat Maghrib.

Baca juga: Jangan pandang remeh! 7 perkara utama ini boleh batal puasa, wanita wajib kena tahu

Salah faham dalam agama

5-Hal ini adalah supaya jiwanya akan lebih tenang dan tidak terganggu untuk mendirikan solat maghrib.

6-Mengambil kira kepada suasana di masjid-masjid pada hari ini yang berbuka puasa dengan juadah ringan terlebih dahulu, kami nyatakan bahawa ianya tidak bercanggah dengan syariat bahkan lebih afdal kerana mengambil sunnah berbuka puasa segera dan dapat juga menunaikan solat secara berjamaah dalam tempoh yang awal.

7- Ia bertepatan dengan kata-kata Al-Hafiz Ibn Hajar:

Iklan

لأنه يكون قد أخذ من الطعام ما دفع شغل البال به

Maksudnya: Ini kerana dia telah mengambil dari makanan dengan kadar yang dapat menghalang sibuknya fikiran dirinya dengan makanan tersebut.

8-Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga menambah bahawa dalam berbuka puasa seseorang itu hendaklah tidak makan secara berlebihan.

9-Makan berlebihan akan menyebabkan perut terlalu seterusnya melemahkan badan seseorang untuk beribadah seperti solat Maghrib, Isyak dan tarawih.

10-Bersederhanalah dalam makan dengan mengikut kadar yang perlu bagi membantu mencapai kekuatan untuk beribadah dan bukannya makan hingga menyebabkan bertambah malas dan culas dalam beribadah.

Iklan

Baca juga: Batalkan puasa dengan makan atau minum bertujuan jimak elak kafarah. Boleh ke?

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi