UNCANG teh yang sudah dipakai rupanya ada fungsi dan manfaat berguna. Bukan sekadar untuk hasilkan air teh semata-semata , tapi ada banyak sebenarnya manfaat dan sangat berkesan jika diamalkan.

Nak tahu apa? Di sini Sinar Plus kongsikan lima kegunaan dan manfaat lain uncang teh terpakai.

1. Menghilangkan bau dalam peti sejuk

Tahukan anda, teh boleh diguna untuk menghilangkan bau kepam, masam atau hanyir. Letakkan beberapa uncang teh yang telah digunakan ke dalam satu bekas kecil dan biarkan di dalam peti ais. Nanti hilanglah bau kurang enak itu.

2. Mengurangkan mata bengkak dan lebam

Anda rendam uncang yang dah diguna dalam air sejuk, kemudian letak pada mata. Biarkan semalaman ketika waktu tidur

3. Boleh hilangkan bau kaki yang berpeluh

teh uncang kaki

Ambil uncang teh terpakai, dan anda letakkan dalam baldi yang berisi air suam dan rendam kaki selama 15 minit. Kemudian bersihkan kaki. Lebih bagus lakukan sebelum tidur.

Iklan

4. Segarkan laci atau kereta anda

Untuk menyegarkan laci almari yang berbau lipas, letakkan uncang teh yang kering di dalam. Boleh gunakan uncang teh berperisa untuk bau-bauan yang lebih menarik. Begitu juga dengan kereta anda, boleh gantungkan uncang teh di dalam kereta sebagai penyegar kereta.

5. Baja tanaman

Iklan

Hampas teh sangat berguna untuk tanaman dan ia akan bertukar sebagai baja organik sekali gus akan menyuburkan tanaman. Anda tabur sahaja ke dalam pasu dan lihat manfaatnya sendiri.

Penulis: NURUL ADRIANA

Foto: UNSPLASH