Lumba kereta tanpa penonton, boleh tengok di YouTube

Lumba kereta tanpa penonton, boleh tengok di YouTube
Lumba kereta tanpa penonton, boleh tengok di YouTube
A
A
A

WALAUPUN penularan dan keadaan semasa yang membimbangkan ekoran wabak Covid-19 yang kini melanda dunia termasuk Malaysia, UMW Toyota Motor telah mengumumkan bahawa acara akhir Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) pusingan ke-empat musim ketiga itu tetap akan dijalankan.

Namun, malangnya festival tersebut akan diadakan secara tertutup di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 18 hingga 19 April ini yang mana ia tidak akan dibuka kepada kunjungan orang awam.

Menurut UMW, TGR kali ini hanya menerima kehadiran krew, pelumba dan pasukan lumba sahaja.

Sebagai penganjur utama, UMW mengutamakan kesihatan dan keselamatan untuk semua rakyat Malaysia termasuk kru, pelumba dan pasukan perlumbaan yang bertanding.

Pada hari penganjuran, pihak penganjur akan melakukan saringan kesihatan untuk semua pelumba dan juga krew yang terlibat sebelum mereka dibenarkan memasuki premis.

Mesikpun tertutup, perlumbaan TGR akan disiarkan secara langsung melalui Facebook dan laman web rasmi Toyota Malaysia serta di YouTube bagi memastikan peminat tidak ketinggalan mengikuti perkembangan semasa Vios Challenge.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca