YEAYYYY AKU BEBAS…. TETAPI,

Cuba fahami mesej di sebalik gambar ini (sebuah anologi/ mungkin tidak betul dari sudut realiti). Kura-kura ini pada mulanya rasa gembira sebab telah bebas daripada terperangkap dalam cengkerang keras lagi berat sebelum ini. Namun dia tidak sedar bahawa keselamatan dirinya telah hilang 😢

Beginilah “diibaratkan” keadaan sekarang ini apabila PM umumkan 10 Jun ini, status PKPB menjadi PKPP. Semua kelihatan gembira dan tidak sabar menunggu tarikh “kebebasan” sejak tiga bulan lalu dengan status pergerakan yang terkawal.

Oleh sebab itu, kami mohon semua masyarakat Malaysia harus sedar dalam kegembiraan ini sebenarnya masa hadapan ini sangat penting dalam memastikan keselamatan semua daripada dijangkiti wabak Covid-19.

Kita rasa gembira, namun keselamatan kita mungkin hilang (seperti dalam gambar kura-kura di atas) jika tidak tidak berhati-hati dan beringat-ingat.

Masa depan kini terletak di bahu kita semua. Insya-Allah jika kita patuh kepada nasihat kerajaan dan KKM (Patuh SOP) kita boleh terus kekal selamat dan sama-sama menjaga keselamatan golongan berisiko seperti ibu-bapa kita (warga tua), pesakit kronik, pesakit yang mempunyai imuniti tubuh yang rendah (pesakit kanser) & kanak-kanak.

Ikuti nasihat ini:

1. Kerap basuh tangan
2. Jaga penjarakan sosial
3. Pakai penutup hidung dan mulut (mask) apabila berada di luar
4. Elakkan berada dalam keadaan i) sesak ii) sempit & iii) sembang dengan jarak dekat
5. Basuh (disinfeksi) selalu kawasan yang kerap disentuh
7. Jangan berkumpul ramai-ramai
8. Patuh kepada SOP jenis-jenis larangan aktiviti yang dikeluarkan oleh kerajaan
9. Limitasikan masa berada di kawasan orang ramai seperti pasar/ pasar tani/ pasar malam. Jika ada pilihan lain untuk dapatkan barangan dapur, gunakan pilihan yang lebih selamat.
10. Sentiasa amalkan kebersihan diri
11. Tambahan: “Salam”, “Peluk” & “Cium” juga harus dielakkan especially bila balik bertemu orang tua mahupun kanak-kanak or bayi.

– Medical Mythbusters Malaysia (M3)

Informasi di atas antara pesanan kepada orang ramai yang disampaikan oleh NGO berkaitan kesihatan, Medical Mythbusters Malaysia (M3) di Facebooknya baru-baru ini.

Keluar cengkerang undang respons

Begitupun, posting yang turut disertakan lakaran ‘kura-kura yang keluar dari cengkerangnya’ bagi menggambarkan orang ramai yang ‘bebas’ selepas tempoh PKPB menjadi PKPP dikhuatiri mengundang bahaya Covid-19, ‘turut dikaji’ netizen.

Menariknya, fakta tentang kura-kura ‘dikupas’ antara yang menarik perhatian. Bahkan informasi seperti di bawah ini turut diselitkan oleh netizen dalam komen di posting M3 itu.

Rupanya ramai juga yang tidak tahu kura-kura tidak boleh keluar daripada cengkerangnya hingga mengundang respons yang mencuit hati. Antara komen warganet:

ingatan yg baik memang selalu diingatkan spy kita jgn terleka.brhti2 sntiasa.covid.masih ada dimna2 !!!.
Kita Jaga Kita!!

Iklan

hehehe…facts correction. I did not know this, so I learned something new. Thanks!

Kura2 dan cengkerangnya tidak boleh dipisahkan sebab cengkerang kura2 adalah sebahagian dari badannya, fused together. Maaf kalau lari topik sikit.

 

Antara komen warganet akan fakta tentang kura-kura.

hahah sbb tu kura² xleh bpisah dgn badan die. Hahah dulu percaya tgk citer katun kura² leh klua dr badan.

Info yg bagus untuk yg belum tahu. Bila tgk post Medical Mythbusters Malaysia ni tadi trus teringat rangka kura2 ni. Tgk dah ada org komen. Ada org yg bila terima fakta dan ilmu dia akan hargai. Ada pula akan perlekehkan.

Iklan

Satu je nk cakp.. Org Malaysia ni suka buat kajian..
Smpai ke kura2 tu dorg kaji.. 😂😂..
Terrbaikk..

yup cengkerang dia adalah tulng dia hahahaha

Bagaimanapun, komen tersebut dibalas oleh M3: “Good information. Ini sekadar analogi sahaja.”

Dua-dua pun ada informasi yang boleh kita dapat kan? Moga bermanfaat! -AG #janganputusasamalaysia