SETIAP ibu bapa mengimpikan dikurniakan anak soleh, baik dan mendengar kata.

Justeru, ibu bapa sentiasa berusaha memberikan didikan dan ajaran buat anak-anak.

Tambahan pula perubahan zaman yang semakin moden dan kecanggihan teknologi tanpa sempadan pada hari ini membuatkan usaha ibu bapa membentuk peribadi anak-anak lebih mencabar.

Jadi tidak hairanlah apabila sesetengah ibu bapa bimbang dengan persekitaran anak-anak yang disifatkan boleh memudaratkan masa depan.

Sehubungan itu, cuba amalkan enam tip mudah ini bagi melembutkan hati anak-anak:

Ayah wajib bacakan 'bedtime stories' jika nak anak makin cerdik

1. Baca Ya latif 100 kali dan hembuskan pada ubun-ubun apabila anak sedang tidur.

2. Bacalah surah al-Fatihah 1 kali.

3. Baca surah Alam Nasrah 1 kali.

4. Bercakap dengan anak ketika mereka tidur dengan menyeru nama penuh dan berbinti ibunya.
Contohnya, memberi nasihat.

5. Sapukan air lebihan wuduk pada muka dan ubun-ubun anak siang hari.

Iklan

6. Amalkan baca ayat di atas ketika anak tidur dan hembuskan ke bahagian ubun anak. Kaedah kedua adalah
baca surah tersebut 19 kali pada air dan bagi anak minum.

Iklan

Baca juga “Syahdunya bersolat, berdoa di bumi Arafah” – Tabung Haji usik kenangan, warga maya luah rindu

Insya-ALLAH berkat sabar dan istiqamah anak-anak akan akan membesar dengan akhlak terpuji dan mudah mendengar nasihat.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Telegram Ebit Lew