Majlis perkahwinan dah dibenarkan, maksima lima jam

Majlis perkahwinan dah dibenarkan, maksima lima jam
Majlis perkahwinan dah dibenarkan, maksima lima jam
A
A
A

BERITA baik buat bakal raja sehari! Kerajaan kini membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk majlis perkahwinan mulai 1 Julai.

Memetik laporan media tempatan, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis berkaitan keagamaan seperti tahlil, akikah, doa selamat serta majlis sambutan ulang tahun perkahwinan dan hari lahir turut dibenarkan.

“Majlis boleh diadakan selama tiga hingga lima jam dan kapasiti kehadiran tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa serta tertakluk kepada saiz tempat majlis.

“Bufet tidak dibenarkan, bagaimanapun kita boleh melonggarkan walaupun ada bufet tapi dihidangkan oleh pramusaji,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Tapi korang jangan seronok sangat dengan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan ini. Beberapa prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan dan perlu dipatuhi.

Antara SOP yang perlu korang patuhi adalah seperti berikut :

  1. Penganjur perlu menyediakan kaunter saringan kesihatan di pintu masuk bagi memeriksa suhu badan tetamu
  2. Pemakaian pelitup separuh muka.
  3. Perlu merekod kehadiran melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual.
  4. Pintu keluar dan masuk bagi sesuatu majlis perlu diasingkan bagi mengelak kesesakan hadirin.
  5. Kapasiti tetamu yang hadir adalah tidak melebihi 250 orang bergantung kepada saiz tempat majlis tersebut diadakan.
  6. Penjarakan sosial sepanjang majlis tersebut berlangsung perlu diamalkan.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan bakal penganjur majlis tidak meneruskan hasrat tersebut sekiranya mendapati sukar untuk mengawal keadaan dan kehadiran ramai orang.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, setakat ini kerajaan pada dasar membenarkan penganjur menyediakan hidangan bufet pada majlis sosial.

Walau bagaimanapun, ia perlu dihidangkan oleh pramusaji sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Jadi, jika korang sebagai tetamu, tidak boleh mengambil makanan sendiri tau, namun cara terbaik adalah secara hidangan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca