Makcik Kiah sekarang trending! Siapa Makcik Kiah?

Makcik Kiah sekarang trending! Siapa Makcik Kiah?
Makcik Kiah sekarang trending! Siapa Makcik Kiah?
A
A
A

WARGANET memang kreatif, baru petang tadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), dah trending Makcik Kiah di Twitter.

Mak Cik Kiah kini trending setelah Perdana Menteri memberi contoh perbelanjaan yang bakal diterima dalam isi rumah tersebut.

Kemudian pula kini tular menerusi Aplikasi Whatapps kumpulan yang mana ada individu yang mencipta terjemahan di sebalik nama M.A.K.C.I.K K.I.A.H.

Kreatif sungguh rakyat Malaysia. Sentiasa berfikir di luar kotak. Hebat!

Tanpa disangka, nama Makcik Kiah terkait dengan sesuatu yang boleh difikirkan secara positif dengan apa yang sedang di alami oleh dunia hari ini.

Jom Sinar Plus kongsikan siapa Makcik Kiah sebenarnya.

Rupa-rupanya ada makna di sebaik nama Makcik Kiah ni ya.

M = Manfaatkan bersama keluarga

A = Ambil dan guna mengikut keperluan

K = Kawal perbelanjaan

C = Covid-19, perangi sehingga tamat

I = Ikut arahan PKP yang ditetapkan

K = Ketua keluarga sahaja yang keluar, bila perlu

K = Kendalikan kewangan dengan cermat

I =Ingat Allah

A = Awas, jangan boros

H = HARAP KEKAL DI DALAM RUMAH

#santai-santai ja gais, jangan serius sangat.

#StayAtHome

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca