Makeover rambut gelandangan raih perhatian netizen
SEBELUM ini masyarakat menzahirkan pujian dan terharu atas keprihatinan kerajaan dalam menyantuni golongan gelandangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan antara 18 Mac hingga 14 April ini.
Kelompok tersebut bukan sahaja diberi peluang berteduh di penempatan khas yang dilengkapi kelengkapan tidur dan kubikel, malah kebajikan makanan dan keselamatan juga dijaga dengan baik.
Hari ini, laman sosial Twitter milik Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa iaitu @AnnuarMusa, sekali lagi dihujani kata-kata pujian oleh para pengikut.
Ia berikutan susulan beliau memuat naik ciapan beserta koleksi foto yang memaparkan situasi para gelandangan menjalani aktiviti menggunting rambut secara percuma di penempatan khas terbabit
"Hari ini semua gelandangan bergilir-gilir mengunting rambut.
"Nampak lebih kemas. Tengok gambar sebelum dan selepas," tulis beliau hari ini.
Status Annuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Wilayah Persekutuan mendapat retweets sebanyak 16,000 dan 27,300 jumlah likes.
Usaha murni tersebut mendapat respon positif dalam kalangan netizen yang memuji dan tersentuh keprihatinan kerajaan dalam menyantuni golongan gelandangan.
Antaranya ialah:
"Hikmah Covid-19. Gelandangan disantuni. Mana tahu mereka kembali ke dunia masyarakat semula. Harus diteruskan walaupun selepas PKP." - @mdpian
"Harap lepas habis PKP golongan gelandangan masuk program latihan kemahiran dan selepas keluar senang mereka dah mempunyai kemahiran. Boleh bekerja macam biasa menyara hidup." - @aimanarsyad98
"Nak tanya, nanti bila dah habis PKP apa nasib gelandangan ni? Adakah akan kembali ke jalanan?" @fadhlia_nuur
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang