Malaysia alami cuaca lebih panas, kering hingga September. Amalkan 7 tip ini

Elak aktiviti luar, berjimat dan minum air dengan banyak. Cuaca panas dijangka berlanjutan hingga April
Elak aktiviti luar, berjimat dan minum air dengan banyak. Cuaca panas dijangka berlanjutan hingga April
A
A
A

MALAYSIA ketika ini mengalami Monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas dan kering hingga pertengahan September depan.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat ini tiada gelombang haba berlaku.

Pada masa sama, memaklumkan pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa termasuk status gelombang haba di seluruh negara.

Seterusnya, menyebarkan maklumat kepada agensi berkaitan untuk tindakan penguatkuasaan dan persiapan menghadapi bencana.

"Berdasarkan pemantauan MetMalaysia terhadap gelombang haba hingga 21 Julai tiada kawasan di negara ini terdedah dengan sebarang gelombang haba," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Cuaca panas dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini

Selain itu, MetMalaysia turut menyatakan bahawa stesen meteorologinya tidak merekodkan suhu lebih daripada 35 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Justeru MetMalaysia tidak menjangkakan suhu akan melebihi 40 darjah Celsius.

Tambahnya, bacaan 40.1 darjah Celsius adalah suhu tertinggi direkodkan di Malaysia ketika fenomena El Nino yang melanda pada 1998.

Ujar MetMalaysia, dari segi perubahan cuaca, pihaknya menjangkakan berlaku hujan lebat, angin kencang dan kelembapan tinggi pada pertengahan September.

Ia disebabkan Malaysia sedang beralih monsun khususnya di negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung selain pantai barat Sabah dan wilayah tengah dan barat Sarawak.

Oleh itu, sepanjang tempoh cuaca panas ini elakkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka dan aktiviti di luar rumah.

Ia bagi mengelakkan berlakunya masalah dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

Cuaca panas dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini

Baca juga Petugas PPV diminta rehat jika penat, elak insiden suntikan picagari kosong

Oleh itu, pastikan korang amalkan 7 tip ini supaya kekal sihat dan bertenaga:

  • Minum air kosong dalam kuantiti yang banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal dilakukan. Jangan tunggu sehingga dahaga.
  • Kekal berada di dalam rumah atau bangunan supaya tidak terdedah pada cuaca panas.
  • Hadkan aktiviti luar.
  • Kerap berehat.
  • Mandi atau gunakan kipas untuk menyejukkan tubuh badan.
  • Pakai pakaian ringan, berwarna terang dan longgar.
  • Guna payung dan topi bersaiz besar.

Sumber: MetMalaysia, infosihat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca