APABILA mandi pada waktu malam, yang mana lebih baik untuk kesihatan, air panas atau sejuk?

Rutin harian yang sibuk mungkin membuatkan ramai antara kita pulang dari kerja di kala waktu senja. Di tambah lagi kesesakan jalan raya, malam pun menjelma.

Untuk berehat selepas seharian melakukan aktiviti, mandi pada waktu malam boleh menjadi pilihan.

Mandi malam mempunyai banyak kebaikannya yang tersendiri.

Di samping dapat membuatkan badan jadi lebih segar, mandi waktu malam juga boleh membuatkan kita tidur dengan lebih lena!

Namun antara menggunakan air panas (suam) atau sejuk, yang mana lebih baik untuk kesihatan?

Sebenarnya, kebaikan air dengan suhu yang berbeza telah diketahui sejak sekian lama. Istilah yang sering digunakan untuk ini ialah hidroterapi.

Suhu air mempunyai peranan penting dalam hidroterapi. Sebabnya, suhu air yang berbeza boleh mempengaruhi badan secara berbeza.

Namun, baik air suam mahupun sejuk, masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya terutama apabila digunakan untuk mandi malam.

Baca juga Sukar hamil, tulang reput, ini bahaya kopi untuk wanita

Manfaat mandi air sejuk pada waktu malam;

1. Memberi sensasi segar pada badan.

2. Boleh buat anda lebih teruja.

3. Bantu hilangkan rasa mengantuk.

4. Merangsang pembebasan pelbagai hormon, seperti noradrenalin dan dopamin. Keadaan ini menyebabkan pembesaran saluran darah pada kulit yang bertujuan untuk mengekalkan suhu di kawasan tersebut.

5. Air sejuk boleh membuatkan badan cuba memanaskan diri, supaya metabolisme badan akan dipercepatkan dan sistem imun akan diaktifkan.

6. KeAir sejuk baik untuk kulit. Air sejuk akan mengecilkan pori-pori kulit.

7. Suhu yang sejuk akan menyempitkan saluran darah, jadi peredaran darah lebih cepat.

8. Mandi malam dengan air sejuk juga boleh mengurangkan kesakitan pada luka dan bengkak.

9. Namun, anda perlu sedar tentang bahaya mandi air sejuk pada waktu malam, kerana ia boleh menyebabkan sakit sendi.

Baca juga Masalah bengkak kaki sering dialami ibu hamil. Ini 8 tip berguna atasinya

Iklan

mandi

Kesan mandi malam dengan air suam;

1. Mengurangkan ketegangan otot selepas seharian beraktiviti. Air suam boleh membantu mengendurkan otot anda dan membuatkan berasa lebih relaks.

2. Mengurangkan tahap tekanan, seperti membuat aromaterapi.

3. Mandi malam dengan air suam boleh mengurangkan tahap kebimbangan.

4. Berpotensi untuk menjana idea kreatif.

5. Namun sebelum mandi malam atau berendam dalam air suam, kena berhati-hati. Sentiasa gunakan air suam, bukan air panas.

Iklan

6. Bahaya mandi dengan air yang terlalu panas boleh menyebabkan kulit kering. Justeru gunalah pelembap selepas mandi air suam untuk mengelakkan kulit kering.

Jadi, setiap suhu air mempunyai kelebihan tersendiri untuk kesihatan.

Anda boleh memanfaatkan kelebihan ini dalam aktiviti harian, seperti mandi air sejuk pada waktu pagi dan mandi air suam pada waktu malam selepas seharian melakukan aktiviti.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Sumber: KlikDokter, Hellodoktor