Manfaatkan hari-hari istimewa bulan Zulhijah, waktu terbaik kumpul pahala, 5 perkara wanita perlu tahu
BULAN Zulhijah adalah bulan yang penuh barakah.
Kepada yang sedang berjihad ke jalan direda dan mempunyai hajat, bulan ini hendaklah dimanfaatkan sebaiknya.
Pendakwah, Ustazah Asma’ Harun berkongsi kelebihan bulan Zulhijah yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan ketakwaan dan pahala.
“Jika bulan Ramadan dikenali dengan keistimewaan 10 malam terakhir, bulan Zulhijah pula mempunyai keistimewaan pada 10 hari terawal sepertimana firman ALLAH SWT:
وَالْفَجْرِ, وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Maksudnya: “Demi waktu fajar, dan 10 malam (serta hari terawal Zulhijah).”
(Surah al-Fajr: 1-2)
“Bahkan ia turut disebutkan dalam hadis Nabi SAW bahawa jihad di jalan ALLAH SWT tidak dapat menandingi amalan yang dilakukan pada bulan suci ini," titipnya.
Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali. (HR al-Bukhari, hadis sahih).
Tambah Ustazah Asma’, beruntung bagi sesiapa yang menggunakan peluang istimewa ini untuk rebut ganjaran yang dijanjikan.
Berikut adalah tarikh-tarikh penting dalam bulan Zulhijah yang perlu diberikan perhatian wanita bagi melipatgandakan pahala:
i) 1 HINGGA 10 ZULHIJJAH 1444H / 20 - 29 JUN 2023
MEMPERBANYAK AMAL SOLEH
Subhanallah, besarnya ganjaran beramal soleh dalam bulan Zulhijah ini.
Sehingga dinyatakan bahawa jika keluar berjihad ke jalan ALLAH sekalipun masih tidak dapat menandingi pahala beribadah pada 10 hari terawal bulan ini.
Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh ALLAH untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan ALLAH tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan ALLAH tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Baca juga: 6 amalan yang digalakkan pada 10 hari terawal Zulhijah
Ada yang bertanya, kenapa begitu besar pahalanya sehingga ada pendapat mengatakan ia lebih afdal daripada 10 malam terakhir Ramadan?Jawabnya kerana dalam 10 hari awal Zulhijah ini dihimpunkan semua ibadah besar seperti puasa, korban, hari Arafah, hari raya dan haji. Allahuakbar.
ii)9 ZULHIJJAH 1444h / 28 JUN 2023
PUASA SUNAT HARI ARAFAH
Amat rugi bagi sesiapa yang tidak berpuasa pada Hari Arafah bagi merebut ganjaran kerana ALLAH akan menghapuskan dosa-dosa kita setahun sebelum dan selepasnya.
Seperti yang dinyatakan dalam hadis:
Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
صِيَامٌ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَن يُكَفِّرُ السَّنَّةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالَّتِي بَعْدَهُ
Maksudnya: “Berpuasa pada hari Arafah kerana mengharap pahala daripada ALLAH agar adalah sebagai penghapus dosa bagi setahun sebelum dan sesudahnya.” (HR Muslim, hadis sahih)
Baca juga: Pahala lebih besar daripada jihad, rebut keistimewaan 10 hari pertama Zulhijjah
iii)10 - 13 ZULHIJJAH 1444h / 29 JUN - 2 JULAI 2023
a) PELAKSANAAN IBADAH KORBAN
Ambil ibrah daripada peristiwa Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang tetap mengutamakan ALLAH walaupun terpaksa berkorban rasa kasih pada anak.
Begitu juga kita, sayang kepada harta benda mempunyai batasnya. Maka cekalkan hati dalam mengeluarkan harta di jalan ALLAH SWT.
Firman ALLAH SWT:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ
Maksudnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (Surah Al-Kauthar 108: 2)
Hari Raya Aidiladha juga dipanggil dengan Hari Raya Korban bersempena dengan peristiwa Nabi Ibrahim AS diperintahkan untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.
b) TAKBIR RAYA
Dalam menyambut hari kebesaran pada bulan Zulhijah, kita dituntut untuk banyakkan memuji dan mengagungkan ALLAH SWT sebagai tanda syukur serta melahirkan rasa kehambaan terhadap-Nya.
Firman ALLAH SWT:
وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ فِىٓ أَيَّامٍۢ مَّعْدُودَٰتٍۢ ۚ
Maksudnya: "Dan sebutlah kamu akan ALLAH (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya." (Surah Al-Baqarah 2: 203)
iv)11 - 13 ZULHIJJAH 1444h / 30 JUN-2 JULAI 2023
HARI TASYRIK
Menurut ahli fiqh, tasyrik adalah tiga hari setelah Hari Raya Aidiladha iaitu pada tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijah.
Ia dinamakan tasyrik kerana pada hari tersebut daging-daging korban dipanaskan di bawah terik matahari.
Daripada Nubaisyah al-Hudzali RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ لِلَّهِ
Maksudnya: “Hari Tasyrik adalah hari makan, minum, dan banyak mengingat ALLAH.” (HR Muslim, hadis sahih).
Dalam pada itu, Ustazah Asma’ menyeru umat Islam agar merebut peluang meningkatkan amalan sekali gus memanfaat peluang yang ada pada bulan ini.
Baca juga: Ambil peluang mustajab hari Arafah, ini checklist 10 doa terbaik kaum Hawa amalkan
“Subhanallah, Allahuakbar. 10 hari awal Zulhijah ini juga disebutkan sebagai pesta ibadah buat umat Islam yang terbesar, kerana ganjaran besar disediakan bagi sesiapa yang merebutnya.
“Sahabat semua, mari bersama perbanyakkan amal soleh sepanjang awal bulan Zulhijjah ini, mudah-mudahan asbab inilah kita dapat meraih syurga-NYA.
“Semoga kita tergolong bersama mereka yang diampunkan dosa sebelum dan akan datang,” titipnya.
Bukan calang-calang bulan Zulhijah, didalamnya tersembunyi tarikh-tarikh yang amat bermakna yan tidak kurang penting untuk dihayati dan dimanfaatkan.
Diharapkan kaum Hawa tidak melepaskan peluang merebutnya.
Baca juga: Wanita keliru bab inai celup dan sah solat, Ustazah Asma’ kongsi penerangan lengkap
Sumber: Ustazah Asma’ Binti Harun dan Team Penyelidikan UAH
Kredit foto utama: Pixabay, Pexels
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang