TIDAK kira dalam apa jua situasi, pasti ramai yang gemar kongsikan perihal yang digemari kepada sahabat baik.

Saling memberi kebebasan persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka Bersama.

Dengan berkongsi segala duka dan gembira bersama sahabat baik membuatkan seseorang itu punya tempat untuk berkongsi keluh kesah diri.

Seperti bercuti dan pergi mengembara adalah satu pengalaman yang paling berharga dan seronok jika dapat dikongsi dengan keluarga atau sahabat baik.

Ramai anak muda kini yang gemar mengisi masa dengan pergi bercuti tidak kira secara solo mahu pun dengan rakan-rakan.

Namun, lain pula kisahnya dengan gadis kelahiran Alberta, Kanada yang dikenali sebagai Martina yang memilih untuk pergi bercuti bersama kucing kesayangannya yang bernama Suki. Kedengaran pelik bukan?

Itu lah hakikatnya yang dilakukan oleh Martina yang mengambil Suki sebagai haiwan peliharaannya sejak tiga tahun lalu.

Suki kini menjadi peneman setianya kemana sahaja dia pergi yang dianggap sahabat baiknya sehingga kini.

Gadis itu memilih Suki yang merupakan seekor kucing berbaka Bengal untuk menemaninya mengembara ke serata dunia sejak mula memeliharanya.

Lebih menarik, Martina menyediakan satu platform sosial media khas bagi berkongsikan foto pengambaran bersama Suki. Akaun Instagram bernama Sukiicat itu kini sudah memiliki 1.8 juta pengikut.

Menurut Martina, sejak mereka bercuti bersama dia menemui semangat melalui pengambaraan dalam diri kucing kesayangannya itu.

Iklan

Selain itu Martina juga menceritakan bahawa untuk mengembara bersama kucing sangat penting untuk melatihnya berjalan menggunakan tali pengikat di leher.

Antara tip yang boleh dikongsikan gadis itu kepada pencinta kucing di luar sana adalah sentiasa mengikut rentak haiwan itu ketika berjalan dan tidak memaksa kucing untuk terus berjalan jika dia tidak mahu.

Apa yang penting mesti ada kerjasama antara haiwan dan manusia barulah boleh menikmati pengambaraan itu dengan sempurna dan menyeronokkan.

Iklan

Menceritakan mengenai Suki, haiwan itu sukakan aktiviti luar malah turut tidak takut dengan air membolehkan Martina merakamkan pelbagai foto menariknya.

Haiwan peliharan korang macam mana? Berapa jauh dah korang bawa pergi berjalan?

Sumber: Insider