MASIH berbaki beberapa jam lagi untuk kaki shopping merebut peluang membeli-belah item idaman pada harga cukup menguntungkan sempena Jualan 6.6 Lazada.

Seperti semua tahu, jualan gila-gila akan dianjurkan gedung online popular itu setiap bulan.

Pada kali ini, promosi terbaik menanti pelanggan setianya. Lagi best katanya!

Bukan saja diskaun hingga 66 peratus, ada banyak lagi jualan istimewa bermula 25 Mei hingga 6 Jun tidak kira barangan elektrik, perkakas rumah, pejabat dan dapur.

Boleh jadi memahami keadaan semasa yang mana ramai yang bekerja dari rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, Lazada turut menganjurkan 6.6 Sale: WFH Essentials.

6.6 sale lazada

Ya! Memang menarik. Bagi mereka yang tercari-cari kerusi ergonomik untuk pejabat mini di rumah, bolehlah cuci mata dengan jualan sempena 6.6 Shopmania Lazada.

Apa yang best? Potongan harga hingga 51 peratus untuk kerusi ergonomik keluaran KitchenZ pada harga RM185 saja tau! Harga asal bernilai RM379.

Memang berbaloikan? Selain pilihan rona hitam dan putih dengan rekaan moden menyokong struktur badan, bahan latex premium digunakan pada bahagian headrest yang cukup lebar.

Apa tunggu lagi, selagi stok masih ada, jangan lepaskan promosi yang berjalan sehingga esok.

Bukan itu saja, ada banyak item idaman yang boleh dibeli pada harga cukup berbaloi seperti Plug-In Air Purifier yang comel ini.

6.6 sale lazada

Bagi mereka yang mahu membeli penyegar udara mini pada harga mampu milik, boleh pertimbangkan Plug-In Air Purifier yang dijual RM66 saja.

Selain mampu menghilang bau asap rokok dan najis kucing, gajet yang berfungsi sebagai pewangi udara itu didatangkan dengan ciri ultrasonic magnetic wave.

Iklan

Pemasangan juga mudah dengan pilihan dua soket. Apa yang pasti, jualan sempena 6.6 Shopmania Lazada memang cukup berbaloi untuk mereka yang mencari gajet untuk pejabat mini di rumah.

6.6 sale lazada

Sempena 6.6 Awesome with Realme, banyak tawaran gila-gila untuk telefon dan jam pintar keluaran jenama terkenal itu dengan diskaun hingga 54 peratus.

Tidak cukup dengan itu, Lazada juga menyediakan harga terbaik untuk para ibu yang mahu menambah stok lampin pakai buang, susu formula, set mandian dan alat permainan.

Lebih menarik, caj penghantaran percuma diberikan bagi merancakkan lagi jualan yang akan berakhir tepat jam 12 malam itu.

Iklan

6.6 sale lazada

Bukan itu saja, Shop 6.6 From Home juga membolehkan para suri rumah merebut bonus bernilai RM60 untuk pembelian keperluan dapur seperti Milo, suplemen, gajet perubatan dan dan penyembur serangga.

Oh! Tak lupa pelbagai jenis pelitup muka juga ditawarkan. Hanya perlu klik pada hujung jari anda saja, barang akan sampai terus ke rumah.

Jadi, tidak perlu lagi beratur panjang dan bersesak-sesak di tempat awam dan pastikan kita bersama duduk rumah atau keluar hanya perlu sahaja.