‘Meals That Give’ bela komuniti kurang bernasib baik

kenanga
kenanga
A
A
A

TANGGUNGJAWAB sosial korporat adalah satu bentuk sumbangan kembali organisasi swasta kepada masyarakat.

Ia bukan sahaja untuk masyarakat malah menyumbang kepada pembangunan masyarakat bagi menyeimbangkan dan menstabilkan ekonomi sedia ada.

Kenanga melancarkan ‘Meals That Give’, iaitu sebuah kempen di bawah program kemasyarakatannya, The HumanKIND Project.

Kempen berkenaan dirancang untuk terus menyatukan sokongan bagi rakan kerjasama jangka panjangnya, Café Includes, sebuah kafe yang dikendalikan oleh sekumpulan orang kelainan upaya menerusi platform kutipan dana dalam talian.

Bagi menggandakan impak, disumbangkan bukan sahaja disalurkan kepada pekerjaan ahli Café Includes yang kelainan upaya, tetapi juga menyokong komuniti yang memerlukan menerusi pengagihan bungkusan makanan kepada kanak-kanak di rumah anak yatim serta komuniti gelandangan.

“The HumanKIND Project adalah inisiatif yang kami mulakan tahun lepas sebagai tindak balas kepada keperluan sosial dan komuniti yang kian meningkat.

“Kami berbesar hati untuk melanjutkan program ini di bawah kempen, ‘Meals That Give’ pada tahun ini,” katanya.

Selain menyumbang kembali kepada masyarakat, syarikat korporat itu juga berazam mewujudkan satu ekosistem bagi menggalakkan orang ramai untuk turut serta dalam usaha yang dijalankan.

Lebih-lebih lagi pada masa ini ketika negara beralih ke fasa endemik, adalah lebih penting untuk kita terus saling sokong menyokong dalam apa sahaja cara yang kita mampu.

Di bawah ‘Meals That Give’, pihaknya menyediakan makanan untuk mereka yang kurang bernasib baik di samping membangkitkan kesedaran serta menyokong komuniti kelainan upaya di Café Includes.

Sukarelawan terdiri daripada kakitangan akan menyelaras dan mengagihkan sumbangan makanan kepada penerima-penerima dari Persatuan Kebajikan An-Najjah Malaysia, Rumah Ozanam PJ dan Pertiwi Soup Kitchen.

Pada tahun lepas, menerusi pelancaran The HumanKIND Project, Kenanga telah membantu mengumpul lebih 5,000 tempahan yang telah membantu menjamin kelangsungan perniagaannya sepanjang pandemik serta mengekalkan mata pencarian 15 orang kelainan upaya yang mengendalikan kafe tersebut.

Baca juga: Derita sakit usus dan SLE, hidup remaja ini berubah 360 darjah. Bantuan RM30,000 diperlukan untuk kos perubatan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca