‘Melaka Bebas Berniaga’ jangan tunggu bantuan tiba, rebut peluang dengan bijak

A
A
A

PENULARAN Covid-19 menyaksikan satu demi satu sektor swasta terpaksa mengambil keputusan perit dengan menghentikan operasi mereka susulan impak pandemik Covid-19.

Akibatnya, kini ramai yang hilang pekerjaan akibat syarikat yang mereka bekerja gulung tikar, malah ada mula mencongak nasib mereka yang bagaikan telur di hujung tanduk.

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya, bermula November lalu.

Sementara itu kerajaan negeri Melaka juga berbuat demikian dengan menyasarkan penglibatan kira-kira 2,000 penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negeri, dalam program 'Melaka Bebas Berniaga' pada suku pertama tahun ini.

Memetik laporan portal media tempatan, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, inisiatif berkenaan adalah sebagai langkah membantu penjaja dan peniaga kecil serta rakyat, menjana pendapatan mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.

‘Melaka Bebas Berniaga’ jangan tunggu bantuan tiba, rebut peluang dengan bijakSeperti sektor perhotelan, difahamkan lebih 30,000 orang di dalam industri perhotelan di seluruh negara hilang pekerjaan, lebih 10,000 dicutikan tanpa gaji dan lebih 6,000 pekerja dipotong gaji ekoran aktiviti perniagaan industri yang menguncup.

Namun, untuk jangka masa yang rumit ini, graduan dan individu yang terjejas kerana pandemik Covid-19 boleh memulakan perniagaan secara kecil-kecilan melalui tiga cara iaitu offline, online dan mengguna pakai sistem sedia ada seperti affiliate, dropship dan menjadi ejen produk.

Langkah tersebut adalah jauh lebih baik daripada kita berdiam sahaja dan menunggu bantuan tiba.

Menerusi Belanjawan Negeri Melaka 2021, kerajaan negeri turut mengumumkan Dana Bantuan Kasih Niaga kepada rakyat Melaka berjumlah RM1 juta, sebagai galakan untuk mereka menceburi bidang perniagaan.

“Kita amat mengalu-alukan mana-mana rakyat Melaka, terutamanya kepada mereka yang kehilangan pekerjaan dan dipotong gaji, untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai, bermula 1 Januari sehingga 31 Disember ini.

“Bagaimanapun mereka mestilah mendapatkan lesen perniagaan terlebih dahulu, dari pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing selain mematuhi elemen kebersihan, kesihatan dan keselamatan, serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca