DALAM tempoh PKP ini, ramai yang mengambil peluang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan melaksanakan aktiviti yang berfaedah sewaktu berada di rumah.

Turut tidak ketinggalan bagi mereka yang mempunyai anak kecil, ini adalah masa yang sangat sesuai untuk ibu bapa mengajar pengetahuan asas kehidupan kepada anak mereka yang mana selama ini tugasan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada golongan pendidik di sekolah.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook seorang wanita yang dikenali sebagai Puan Nadzirah Razali, telah kongsikan bagaimana dirinya meluangkan masa bersama anak-anaknya ketika pelaksanaan PKP.

Menarik cara ini, kerja dapat duit baru boleh beli barang di 'kedai runcit ibu'

Wanita tersebut mengambil pendekatan dengan mewujudkan sebuah kedai runcit mini khusus buat anak-anaknya sebagai ganjaran menolong dirinya melakukan kerja-kerja rumah.

Apa yang dibuat adalah dua hero ciliknya perlu melakukan perkara yang sudah disenaraikan seperti mengemas permainan, membaca buku dan tidur siang bagi memperoleh wang.

Wang tersebut pula akan digunakan oleh anaknya untuk membeli pelbagai barangan yang dijual di ‘kedai runcit ibu’ miliknya.

Terdapat pelbagai barangan yang dijual di Kedai Runcit Ibu seperti biskut, bijirin, air coklat dan snek ringan.

Namun, Kedai Runcit Ibu juga mengikut saranan kerajaan. Ia hanya dibuka mulai 10 pagi hingga 8 malam setiap hari. Lebih masa meniaga nanti kena tangkap! Haha!

Walaupun perkara ini nampak ringkas, namun ini adalah salah satu cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak tanpa memaksa dan pada masa yang sama sangat menyeronokkan untuk dipelajari.

Iklan

Menarik cara ini, kerja dapat duit baru boleh beli barang di 'kedai runcit ibu'

Aktiviti ini sangat bagus kerana mampu membantu anak untuk melatih diri agar berjimat, berusaha untuk mendapatkan sesuatu dan belajar nilai duit yang digunakan.

Tidak lupa juga perkara paling penting yang dapat dibentuk adalah belajar erti tanggungjawab.

Iklan

Menarik dan kredit bukan? Jadi, anda pun boleh cuba lakukannya di rumah atau boleh mempelbagaikan lagi mengikut kreativiti dan idea masing-masing.

Selamat mencuba! #janganputusasamalaysia

Sumber: Facebook Puan Nadzirah Razali.