Sila log masuk terlebih dahulu.

Mencari Lailatul Qadar, munculnya ia dengan 4 petanda, ambil peluang titipkan doa ini

A
A
A

Mencari Lailatul Qadar, munculnya ia dengan 4 petanda, jangan lupa titipkan doa ini

LAILATUL Qadar yang merupakan malam yang lebih baik dari 1,000 bulan. ‘Mencarinya’ adalah perbuatan yang dituntut.

Menuju ke penghujung Ramadan dan 10 malam yang terakhir, kita digalakkan untuk memperbanyakkan amal soleh pada malam-malam terakhir bulan Ramadan untuk meraih pahala beribadah pada malam al-Qadar tersebut.

Ramai yang mengatakan Lailatul Qadar mempunyai pelbagai petanda seperti suasana nyaman iaitu tidak panas dan dingin, terang, tidak berawan, tidak ada hujan dan angin berhembus lembut. Namun sejauh manakah kebenarannya?

Menurut perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa tanda yang menunjukkan kejadian Lailatul Qadar.

Tanda-tanda itu hanya boleh diketahui oleh sebahagian hamba ALLAH yang terpilih dengan keizinan-Nya

Berikut adalah tanda-tanda Lailatul Qadar:

1-Berlaku pada 10 malam terakhir yang ganjil pada bulan Ramadan

2-Malam yang tenang dan nyaman tidak terlalu panas pada keesokannya.

3-Matahari yang terbit pada keesokannya tidak terlalu terik dan panas.

4-Air laut yang masin menjadi tawar.

Kita juga disunatkan untuk membaca doa ‌اللَّهُمَّ ‌إِنَّكَ ‌عَفُوٌّ ‌تُحِبُّ ‌الْعَفْوَ ‌فَاعْفُ ‌عَنِّي pada malam tersebut di samping membaca doa serta zikir yang lain

Doa ketika berjumpa Lailatul Qadar

Terdapat hadis yang menceritakan tentang doa yang dianjurkan untuk dibaca pada malam Lailatul Qadar seperti yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.A:

عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَدْعُو؟ قَالَ: تَقُولِينَ: ‌اللَّهُمَّ ‌إِنَّكَ ‌عَفُوٌّ ‌تُحِبُّ ‌الْعَفْوَ ‌فَاعْفُ ‌عَنِّي

Maksudnya: Aisyah RA meriwayatkan, beliau bertanya Nabi SAW: “Wahai Nabi ALLAH, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda: “Ya ALLAH Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”

Riwayat Ibn Majah (3850)

Imam al-Nawawi menukilkan pendapat para ulama kami(mazhab Syafi’i) mengatakan bahawa sunat memperbanyakkan membaca doa ini pada Lailatul Qadar.

Selain itu, umat Islam juga disunatkan membaca Al-Quran, zikir-zikir dan doa-doa yang disunatkan pada tempat-tempat yang mulia.

(Rujuk: Al-Azkar, 317)

Tiga ibadah baginda Rasulullah SAW pada sepuluh malam terakhir adalah seperti berikut:

PERTAMA: MENGETATKAN IKATAN DI PINGGANG

Imam al-Hafiz Ibn Rajab Rahimahullah mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan perbuatan tersebut ada dua pendapat. Pertamanya ia membawa erti baginda bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah.

Maksud yang kedua pula ialah meninggalkan perbuatan bersama dengan isteri pada 10 malam terakhir bulan Ramadan. Ibn Rajab berpendapat yang paling sahih akan maknanya adalah baginda mengasingkan dirinya dari isteri-isteri baginda. Lihat Lathaif al-Ma’arif, Ibn Rajab (Hlm. 332).

KEDUA: MENGHIDUPKAN MALAM

Menghidupkan malam bermakdsud menghidupkan keseluruhan malam dengan ibadah. Sebahagian fuqaha dari kalangan Syafi’eyyah berkata (ganjaran) menghidupkan malam itu dapat diperoleh dengan seseorang itu melakukan solat Isyak secara berjemaah dan dia berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah.

Begitu juga kata Imam al-Syafie Rahimahullah: Sesiapa yang menghadiri solat isyak dan solat subuh (secara berjamaah) pada Lailatul Qadar maka dia telah mendapatkan ganjaran darinya (beribadah pada malam al-qadr). Rujuk Lathaif al-Ma’arif, Ibn Rajab (Hlm. 329).

KETIGA: MENGEJUTKAN KAUM KELUARGA UNTUK BERIBADAH

Ketika masuk 10 malam terakhir bulan Ramadan, baginda SAW mengejutkan isteri-isteri dan keluarga bangun beribadah. Bahkan ada riwayat yang menunjukkan bahawa baginda mengetuk pintu Fathimah R.anha dan Ali bin Abi Thalib R.anhu lalu berkata:

أَلَا تَقُومَان فَتُصَلِّيَان

Maksudnya: Apakah kamu berdua tidak bangun lalu menunaikan solat ?

Riwayat al-Bukhari (1127)

Justeru, kita sebagai Muslim digalakkan untuk mencari Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan agar beroleh kebaikan dan ganjaran yang lebih baik daripada ibadah 1,000 bulan seperti yang telah dijanjikan oleh ALLAH SWT.

ALLAH SWT berfirman:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Bermaksud: Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1,000 bulan.”

Surah Al-Qadr (3)

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca