Menu jimat, mudah sepanjang tempoh 'berkurung' di rumah elak Covid-19

makanan
makanan
A
A
A

TEMPOH dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan sememangnya menuntut semua kelompok masyarakat untuk menetap di rumah bagi mengawal sebaran jangkitan Covid-19.

Hendak ke mana-mana pun dalam masa ini tidak boleh sesuka hati, melainkan atas urusan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa.

Sudah tentulah, sepanjang berkurung di rumah, antara perkara asas yang perlu difikirkan adalah bab makanan. Sekatan untuk keluar membeli-belah dan 'merayap' di luar, boleh menyebabkan kekangan mendapatkan bahan mentah.

Lebih parah, buat mereka yang sedang mengalami keadaan poket kering di tengah-tengah bulan sebegini. Di saat orang lain mengalami pembelian panik mengumpul stok makanan sepanjang minggu bagi mengikuti perintah itu, sekelompok lagi barangkali panik melihat perut dompet yang menipis.

Justeru, berdasarkan pengumpulan carian di maya, berikut antara cadangan Sinar Plus untuk menu jimat dan mudah sepanjang minggu kuarantin Covid-19.

Buat golongan 'memerlukan' sila semak keperluan yang disenaraikan mengikut harga disenaraikan di laman perniagaan atas talian popular di negara ini.

10 BAHAN MENU ASAS YANG PERLU ADA:

1) Beras (RM27.99 10kg)

2) Tepung gandum / roti (RM2.10 - 2.50 x 3 / sebuku roti RM3.50 x 2)

3) Minyak masak (paket RM2.50 sekilo x 3)

4) Mi kering/ mihun (RM2.10 x 6 paket)

5) Ikan bilis/ ikan masin (bilis RM18 sekilo)

6) Telur (sepapan RM10)

7) Bahan basah - ayam, ikan dalam lain-lain mengikut bajet masing-masing (ayam seekor RM18 x 3, ikan kembung 2 kilo RM20)

8) Bawang putih dan merah - RM5

9) Sayuran - sawi/ kubis/ ulaman - daun selom, timun, daun bawang, daun sup - RM20

10) Bahan rencah - cili merah/ cili padi, halia, kunyit, serai, asam keping, asam jawa, belacan, garam, santan kotak, gula RM10

Anggaran kos menu disenaraikan adalah di bawah RM200 mungkin sesuai buat keluarga kecil yang mempunyai empat ke enam orang anak untuk 'bertahan' selama sebulan.

Selebihnya, adalah bergantung kepada faktor ketua keluarga dan suri rumah untuk berjimat. Yang penting bersederhanalah dalam berbelanja untuk keperluan penting di saat genting ini.

Cadangan menu untuk seminggu:

Hari pertama

Sarapan: Mihun goreng

Makan tengah hari: Nasi + ayam berlada + sawi air

Minum petang: Cucur ikan bilis

Hari kedua

Sarapan: Nasi goreng ikan bilis

Makan tengah hari: Ikan masak air asam + daun selom + sambal belacan

Minum petang: Roti bakar

Hari ketiga

Sarapan: Roti telur

Makan tengah hari: Nasi ayam + ulam kubis dan timun

Minum petang: Cucur manis

Hari keempat

Sarapan: Mi goreng

Makan tengah hari: Telur berlada + sayur campur + ikan masin

Minum petang: Bubur nasi

Hari kelima

Sarapan: Cucur bawang

Makan tengah hari: Ayam goreng + sayur campur masak lemak + sambal belacan

Minum petang: Mihun tomyam

Hari keenam

Sarapan: Lempeng + sambal bilis

Makan tengah hari: Ikan goreng + sambal bilis + sup sayur campur

Minum petang: Mi goreng putih

Hari ketujuh

Sarapan: Nasi lemak

Makan tengah hari: Gulai ayam masak lemak + ulaman + ikan masin, sambal belacan

Minum petang: Bubur uli tepung gandum

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca