Menyamar anggota tentera untuk bolos sekatan jalan raya PKP
PERDANA Menteri Malaysia, malam tadi baru sahaja mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan ke fasa ke-4. Selepas tamat fasa ke-3, PKP akan dilanjutkan dari 29 April hingga 12 Mei 2020.
Perkara tersebut pastinya menyebabkan ramai dalam keadaan tidak tenang. Manakan tidak, orang ramai masih tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah masing-masing.
Lebih mengejutkan baru-baru ini terdapat satu kejadian yang dilaporkan yang mana bagi melepaskan diri daripada sekatan jalan raya yang dilakukan semasa PKP ini, seorang lelaki dikatakan telah menyamar sebagai seorang anggota tentera.
Dia ditahan pihak berkuasa selepas mendapati lelaki yang berpakaian seperti anggota tentera itu cuba melepasi sekatan jalan raya yang dibuat di Cheras, Kuala Lumpur.
Sambil merokok di hadapan pihak berkuasa, lelaki berumur 28 tahun itu mendakwa dia berkhidmat bersama Pasukan 74 BN KPD.
Malangnya, lelaki berkenaan gagal mengemukakan bukti apabila diminta menunjukkan kad pengenalan diri tentera sebagai pengesahan.
Insiden penahanan lelaki itu turut tular di media sosial selepas dimuat naik MyWatch. Namun, video rakaman yang tular dikongsikan di media sosial ini menjadi bualan netizen apabila suspek dilihat sangat tenang walaupun sudah ditahan.
Sehinggakan dia masih lagi mampu menghisap rokok di hadapan pihak berkuasa ketika disoal. Ada juga yang meragui identiti sebenar lelaki tersebut.
Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan identiti sebenar lelaki yang ditahan oleh pihak berkuasa ini. Tetapi sekiranya betul dia bukanlah anggota tentera, kes ini sama seperti kejadian ‘Tuan Ramdan’ sebelum ini yang menyamar sebagai anggota polis.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang