PEMBUKAAN sempadan negara memberikan peluang buat umat Islam di negara ini untuk menunaikan umrah.

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa umat Islam yang mahu mengerjakan umrah boleh memohon kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan dos penggalak.

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ia boleh dimohon menggunakan ciri baharu pada aplikasi MySejahtera.

Menurutnya, ia perlu dilakukan supaya perjalanan ke Tanah Suci berjalan lancar dan selamat.

Terdahulu, Khairy mengatakan KKM akan memulakan dos penggalak kepada warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas serta anggota barisan hadapan yang telah menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lalu.

Iklan

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah pada 8 Oktober memberi kelulusan bersyarat bagi pemberian dos penggalak keluaran Pfizer.

Individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera dan melalui pesanan ringkas atau panggilan telefon oleh Pusat Pemberian Vaksin.

Baca juga: Jangan Keliru Lagi, Ada Beza Di Antara Dos Ketiga Dan Dos Penggalak. Ini Fakta Tepat Yang Dikongsikan KKM

Iklan

Baca juga: [VIDEO] Meremang, Frontliner Terima Panggilan Misteri Rumah Kosong, Rupanya Pesakit…

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia