PEJAM celik, pejam celik, tahun 2021 bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi.

Sebelum itu, MILO UHT ada sesuatu yang menarik untuk anda.

Kepada anda di luar sana, MILO UHT ingin menawarkan anda peluang untuk memenangi ganjaran tunai dalam bentuk akaun simpanan melalui peraduan terbaharunya, Lengkap & Menang.

Peraduan yang kini berlangsung di seluruh negara mulai 25 Oktober lalu hingga 19 Disember ini akan menawarkan hadiah mingguan berupa satu hadiah utama wang tunai bernilai RM10,000 dan 20 hadiah sagu hati sebanyak RM300.

Hadiah wang tunai tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan Maybank/Maybank Islamic.

Tidak cukup dengan itu, peraduan itu juga menawarkan pelbagai hadiah menarik lain dalam bentuk peranti elektronik.

Antaranya seperti komputer riba Dell Inspiron 15 3000, tablet Samsung Galaxy Tab S6 Lite LTE dan telefon pintar Samsung Galaxy A32.

MILO dalam satu kenyataan berkata, kesemua hadiah tersebut dipilih khas dengan niat untuk meringankan bebanan keluarga termasuklah bagi memudahkan anak-anak kecil menjalani kelas dalam talian termasuk ibubapa yang dikehendaki untuk terus bekerja dari rumah.

Peraduan Lengkap & Menang MILO ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas yang memiliki dokumen pengenalan yang sah.

 

Iklan

Berikut adalah cara penyertaan:

Langkah 1: Beli mana-mana produk MILO UHT (seperti MILO® UHT 125ml, 200ml, 1L dan MILO® UHT Nutri Pluz 200ml) dengan nilai minimum RM6 dalam satu resit tunggal asal daripada kedai-kedai yang mengambil bahagian.

Iklan

Langkah 2: Tulis nama penuh bersama nombor kad pengenalan peserta di muka depan resit dan sertakan jawapan yang betul untuk silang kata yang disediakan. Hantarkan sekeping gambar resit pembelian yang jelas ke nombor WhatsApp 018 388 2393.

Dalam pada itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad, April Wong berkata, pihaknya ingin memberi sokongan dan penghargaan terhadap para pengguna setia dengan menawarkan peluang untuk mereka meraih pelbagai hadiah hebat melalui peraduan Lengkap & Menang.

Meskipun tidak seberapa, mudah-mudahan hadiah ini semua dapat membawa kegembiraan dan keselesaan kepada para pemenang dan keluarga masing-masing, sekali gus membantu meringankan bebanan kewangan yang mungkin mereka lalui sekarang. Ganjaran akaun simpanan, sebagai contoh, adalah satu cara yang baik untuk membantu mereka bangkit dan bina semula kehidupan setelah ditimpa kesusahan,” kata April.

Apa lagi, mana tahu anda salah seorang pemenang yang bertuah. Jom cuba.