Mitos vs Fakta Coronavirus Novel
Mitos: Saya kerap bersin baru-baru ini, berkemungkinan saya menghidap penyakit daripada coronavirus.
Fakta: Walaupun pesakit yang dijangkiti dengan novel coronavirus mungkin mengalami gejala seperti bersin, batuk, demam dan kesusahan pernafasan, ini tidak bermakna orang yang mengalami gejala yang sama telah dijangkiti penyakit ini.
Diagnosis biasa yang boleh dibuat dengan simptom yang sama adalah seperti selesema biasa, flu atau jangkitan paru-paru.
Diagnosis novel coronavirus (n-CoV) hanya akan dibuat jika ujian serologi adalah positif.
Walaubagaimanapun, adalah baik untuk mendapatkan konsultasi perubatan dan mendapatkan pemeriksaan darah jika anda mengalami gejala yang sama.
Gejala boleh muncul pada bila-bila masa dari dua hingga 14 hari selepas seseorang terdedah kepada virus.
Mitos: Coronavirus adalah virus baru.
Fakta: Ya, tetapi tidak sama sekali ya. Wabak yang kita hadapi sekarang ialah Novel Coronavirus 2019 (n-CoV) iaitu salah satu jenis daripada keluarga Coronavirus.
Strain virus itu adalah baru dan jenis coronavirus sebenarnya adalah virus lama yang telah memberikan mimpi ngeri kepada orang ramai pada tahun-tahun terdahulu.
Pernahkah anda mendengar tentang SARS atau MERS? Ya, kedua-duanya sebenarnya adalah dari jenis virus yang sama, iaitu Coronavirus.
SARS adalah akronim bagi sindrom pernafasan akut yang teruk dan MERS adalah Coronavirus yang berkaitan dengan sindrom pernafasan timur-tengah.
Perbezaannya adalah bahawa mereka berasal daripada jenis yang sama dan merupakan strain yang berbeza.
Terdapat juga strain coronavirus yang kurang membahaya di seluruh dunia yang boleh menyebabkan simptom pernafasan yang lebih ringan kepada pesakit yang mungkin tidak pernah kita dengar sebelum ini.
Mitos: Saya telah mendapatkan vaksin flu sebelum ini, jadi saya mempunyai imuniti terhadap coronavirus.
Fakta: Suntikan vaksin flu sebenarnya merupakan vaksin untuk virus Influenza. Ia adalah jenis virus yang berlainan daripada Coronavirus. Kita masih tidak mempunyai vaksin untuk melindungi diri daripada coronavirus sama ada SARS, MERS atau 2019 n-CoV yang terkini. Oleh itu, pastikan anda sentiasa mengamalkan amalan kebersihan yang baik dan jangan terlalu yakin dengan diri bahawa tidak akan dijangkiti virus kerana anda telah mengambil vaksin flu.
Mitos: Saya dilindungi daripada virus kerana saya sentiasa memakai topeng muka.
Fakta: Walaupun memakai topeng muka adalah suatu tindakan yang baik terutamanya semasa musim penularan wabak ini, adalah lebih baik untuk memakainya dengan cara yang betul dan memastikan tangan anda sentiasa bersih.
Cara yang betul untuk memakai topeng muka adalah dengan memastikan bahagian berwarna sama ada biru atau hijau bergantung pada topeng yang berada di pasaran berada di luar dan untuk memastikan bahawa bahagian yang mempunyai garis besi dipasang pada batang hidung anda.
Unsur yang lebih penting untuk memastikan bahawa tangan sentiasa bersih. Kerana kita menyentuh banyak benda yang kita sendiri tidak tahu, oleh itu, adalah lebih baik untuk kita menjaga kebersihan tangan kita.
Cara terbaik untuk menjaga kebersihan tangan adalah dengan mengamalkan cara yang betul untuk mencuci tangan dan mencucinya dengan lebih kerap. Gunakan sabun dan air ketika mencuci tangan atau menggunakan “hand sanitizer” (pembersih tangan) apabila air dan sabun tidak tersedia.
Adalah lebih baik untuk mengelakkan jangkitan dengan memiliki kebersihan tangan daripada memakai topeng muka.
Kredit penulis : Dr Nur Syuhada Zulkifli (https://www.doctoroncall.com.my/)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang