Elak air kena potong

H: Mobile Apps iSAINS bantu mudahkan pembayaran bil elak pemotongan
H: Mobile Apps iSAINS bantu mudahkan pembayaran bil elak pemotongan
A
A
A

TAHUKAH anda pemotongan bekalan air bagi setiap bil tertunggak akan dikuatkuasakan bermula 13 sehingga 22 Mei ini dan akan dihentikan sementara semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri?

Ya, ia akan disambung semula pada 30 Mei. Oleh demikian, pengguna diseru agar lebih bertanggungjawab terhadap pembayaran bil air bagi mengelakkan pemotongan.

Makanya anda dah boleh la periksa bil air masing-masing. Jangan pula nanti sedar-sedar tertunggak sehingga lebih menyedihkan ia perlu dipotong.

Pelbagai kaedah semakan dan pembayaran bil air disediakan untuk pelanggan selain hadir ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan.

Seperti Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), mereka  menawarkan cara pembayaran bil air menggunakan kaedah yang lebih mudah dengan memuat turun Mobile Apps iSAINS atau pembayaran secara dalam talian.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS Norzita Ismail dalam satu kenyataan akhbar, SAINS akan memulakan operasi perkhidmatan secara menyeluruh hari ini dengan mengekalkan penglibatan tenaga kerja yang minima mengikut keperluan.

“SAINS akan memulakan waktu perkhidmatannya bermula pukul 8.00 pagi sehingga jam 4:30 petang manakala perkhidmatan bersama pelanggan akan bermula pada 9.00 pagi sehingga 4.00 petang sahaja.

“Pelanggan yang datang ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan untuk sebarang urusan diwajibkan memakai penutup hidung dan mulut,” katanya.

Bacaan bil air SAINS bagi bulan ini dikeluarkan mengikut bacaan sebenar di tapak berbanding bil dua bulan lepas iaitu Mac dan April yang hanya dibaca secara anggaran.

Jadi, sediakan payung sebelum hujan. #PastiAdaSinar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca