Mudah belanja tanpa tunai, peniaga dan pengguna jom ubah rentak!
TREND transaksi tanpa tunai kini semakin meningkat apabila orang ramai dilihat gemar menggunakan telefon bimbit, kad TouchnGo dan yang lebih konvensional, kad debit mereka untuk membuat pembayaran terutama golongan muda.
Menurut Digital Rembau dalam satu kenyataan, pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah menyaksikan trend pembayaran tanpa tunai itu semakin rancak, kerana orang ramai kini lebih memilih untuk membeli barangan dan perkhidmatan secara dalam talian.
Digital Rembau merupakan satu inisiatif untuk menggalakan pembudayaan digital dan teknologi dalam kehidupan harian serta peralihan kepada komuniti tanpa tunai yang diperkenalkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar baru-baru ini.
Tambahan pula membuat pembayaran secara ‘cashless’ di kedai-kedai adalah sangat digalakkan bagi mengurangkan kontak serta sentuhan.
Transaksi tanpa tunai ini sebenarnya memberi banyak faedah baik kepada pengguna mahupun peniaga.
Pertamanya, menerusi aplikasi mudah alih, pembayaran boleh dibuat di mana-mana sahaja mengikut keselesaan dan kesesuaian pelanggan yang menjimatkan masa.
Melalui kaedah ini, kedua-dua pihak iaitu pelanggan dan peniaga lebih mudah untuk mengenal pasti aliran wang keluar masuk.
Melalui sistem pembayaran tanpa tunai ini, peniaga tidak perlu risau untuk memeriksa rekod tunai harian kerana semua transaksi, maklumat pembelian serta harga akan direkodkan di dalam sistem.
Pelanggan juga tidak perlu risau dengan ketiadaan wang kecil untuk membeli barang-barang keperluan.
Kebiasaannya, peniaga harus memastikan baki wang sentiasa mencukupi dengan cara membuat penukaran dan menyediakan wang kecil serta syiling di premis perniagaan.
Tidak semua pelanggan boleh menyediakan wang pembelian secara tepat dan ada kalanya mereka membuat bayaran dengan wang besar. Jika tidak mencukupi, terpaksalah tukar sana sini.
Pengguna juga dilihat lebih gemar menggunakan kaedah itu kerana ia menjanjikan pelbagai faedah dan rebat tunai sehingga 20 peratus apabila kita menggunakannya.
Rakyat juga tidak perlu lagi membawa wang tunai pergi ke bank untuk menyimpan atau mengeluarkan wang, semua transaksi kini boleh dibuat secara dalam talian dan lebih selamat.
Melihat perkembangan dunia, kebanyakkan negara maju telah mengadaptasi sistem digital ini seperti China, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Sweden sejak beberapa tahun lepas.
Di Malaysia pula kini, sebagai contoh, hampir keseluruhan sistem tol lebuh raya, pengangkutan awam dan parkir sudah beralih kepada sistem tanpa tunai.
Berdasarkan perkembangan ini, ternyata perkhidmatan transaksi tanpa tunai perlu diperluaskan kepada semua lapisan masyarakat bukan sahaja sebagai kemudahan, tetapi lebih penting untuk kita bersama-sama mengharungi transformasi digital dunia serta Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dengan lebih bermakna.
Kepada usahawan yang menjalankan perniagaan tetapi masih belum menggunakan transaksi tanpa tunai, inilah masa terbaik untuk anda mulakan langkah pertama menerusi inisiatif yang disediakan melalui Digital Rembau.
Lupakan mitos bahawa “penggunaan sistem tanpa tunai ini tiada sambutan”, ubah rentak perniagaan anda dan lihat masyarakat berubah ke arahnya.
Anda hanya perlu mengisi borang di pautan ini https://www.digitalrembau.com/transaksi-tanpa-tunai untuk mengambil bahagian.
Apa itu Digital RembauSatu inisiatif untuk menggalakan pembudayaan digital dan teknologi dalam kehidupan harian serta...
Posted by Digital Rembau on Tuesday, 2 February 2021
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang