Mudahnya! Bakal pengantin nak buat ujian saringan HIV hanya di MySejahtera

WAH makin mudah! Sekarang ni dah mudah sebab boleh buat booking temu janji HIV test di Klinik Kesihatan secara online sahaja melalui aplikasi MySejahtera.

Ujian saringan HIV pra-perkahwinan ni boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di Malaysia dan dilaksanakan secara percuma jer.

Tujuan utama ujian ni adalah bagi membolehkan individu mengetahui status HIV masing-masing, terutamanya di kalangan yang berisiko sama ada telah dijangkiti HIV atau sebaliknya dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar bagi mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain.

Mana-mana individu yang telah dijangkiti ini akan diberikan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara.

PROSEDUR UJIAN

Prosedur perlaksanaan ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan Kerajaan

1. Bakal pengantin hendaklah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran serta melengkapkan borang permohonan ujian Saringan HIV pra-perkahwinan yang boleh didapati di kaunter Klinik Kesihatan.

2. Ujian saringan HIV menggunakan kaedah ujian pantas (Rapid test) akan dilakukan oleh anggota klinik.

3. Keputusan ujian saringan HIV dengan kaedah ujian pantas (Rapid test) boleh diketahui dalam masa lima hingga 20 minit (bergantung kepada jenis kit yang digunakan). Keputusan ujian saringan HIV akan dimaklumkan kepada bakal pengantin.

Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) TIDAK REAKTIF:

  • Bakal pengantin akan dimaklumkan tentang keputusan tersebut.
  • Bakal pengantin tidak perlu melalui kaunseling kecuali bagi mereka yang didapati berisiko untuk dijangkiti HIV.
  • Bagi bakal pengantin yang mempunyai risiko beliau diberi kaunseling dan perlu diberi temu janji untuk mengulangi semula ujian saringan HIV klinik kesihatan dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Baca juga Aplikasi MySejahtera 2.0 ada fungsi baru, kemaskini rekod imunisasi, saringan kesihatan

Mudahnya! Bakal pengantin nak buat ujian saringan HIV hanya di MySejahtera

Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) REAKTIF:

  • Bakal pengantin akan diberi kaunseling serta ujian pengesahan (confirmatory test) akan dilakukan dengan mengambil 5 ml darah.
  • Keputusan ujian pengesahan HIV pada kebiasaannya akan mengambil masa selama dua minggu. Oleh yang demikian bakal pengantin akan diberi temu janji untuk datang semula ke Klinik Kesihatan, dalam tempoh dua hingga tiga minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling.
  • Keputusan ujian pengesahan dan kaunseling akan diberikan kepada bakal pengantin.
  • Keputusan ujian adalah sama ada bakal pengantin disahkan HIV positif (telah dijangkiti) atau negatif.

Cara buat temu janji ujian saringan HIV pra perkahwinan melalui MySejahtera;

Bermula 1 Januari 2023, kesemua perkhidmatan klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesiahtan Malaysaia (KKM) boleh ditempah sebagai janji temu melalui aplikasi MySejahtera.

Iklan

Perkhidmatan kesihatan yang boleh ditempah melalui fungsi ini seperti;

  • Rawatan Pesakit Luar
  • Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
  • Saringan Kesihatan PeKa B40
  • Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pengajian
  • Saringan Pra-Perkahwinan
  • Khidmat Berhenti Merokok
  • Perkhidmatan Perancang Keluarga
  • Prosedur (rawatan luka, penukaran tiub, dan lain-lain)

Baca juga Individu punya genetik gout kena lebih waspada. Selain minum banyak air putih, ini yang perlu dilakukan

Amalan makan suku suku separuh boleh susut berat badan, kawal tekanan darah

Untuk membuat tempahan slot temu janji Klinik Kesihatan, sila ikuti langkah berikut;

  1. Muat turun aplikasi (Pilih Android, iOS atau Huawei).
  2. Setelah daftar, buka aplikasi MySejahtera dan login
  3. Pergi ke menu ‘Appointment’ / ‘Temujanji’
  4. Pilih individu yang ingin hadir ke klinik.
  5. Pilih perkhidmatan yang ditawarkan.
  6. Pilih lokasi Klinik Kesihatan.
  7. Tetapkan tarikh janji temu selewat-lewatnya 24 jam sebelum tarikh yang dipilih.
  8. Isikan butiran diri anda selengkapnya mengikut ruang yang disediakan.
  9. Sila sahkan maklumat sebelum tekan butang ‘Hantar’.
  10. Pastikan hadir mengikut waktu janji temu yang ditetapkan.

Boleh juga rujuk langkah-langkah melalui video KKM untuk lebih jelas di Facebook rasminya https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia.

Iklan

Untuk maklumat lanjut dan soalan lazim, sila rujuk pautan berikut: https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/janji-temu/soalan-lazim

Sumber: Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.