BARU cuci kipas, tak sampai seminggu dah berhabuk? Mesti tension kan. Jom kita cuba kaedah ini supaya kipas tak cepat berabuk.

Pertama sekali sediakan dua bahan penting ini iaitu pelembut fabrik (softener) dan cuka makanan. Cuka memang bagus dalam membersihkan kotoran dan beri kesan berkilat kalau kita campurkan dalam bahan untuk mencuci. Manakala, pelembut fabrik (softener) juga mampu membersih di samping memberi bau yang wangi.

Pertama sekali, buka setiap satu komponen kipas anda agar mudah untuk dibersihkan. Untuk cucian pertama, anda hanya perlu cuci dengan air dan sabun seperti biasa.

Mudahnya nak elak kipas cepat berhabuk, cuba buat ni

Selepas itu, ini adalah langkah yang anda wajib buat untuk pastikan kipas anda itu lambat untuk berhabuk. Caranya ialah campurkan pelembut fabrik (softener) tadi dengan cuka makanan.

Pastikan jumlah campuran itu adalah sama. Contohnya, dua sudu pelembut fabrik yang digunakan, jumlah cuka makanan juga dua sudu. Jangan lupa untuk tambahkan sedikit air.

Setelah itu, masukkan campuran tadi ke dalam botol semburan. Dan semburkan pada permukaan bilah kipas dan jaring kipas yang telah dicuci bersih dengan sabun tadi.

Iklan

Kemudian, biarkan seketika selama lima minit dan lap permukaan bilah dan jaring kipas itu dengan menggunakan kain yang basah.

Kini hanya tunggu untuk kipas kering. Dan sedia untuk digunakan.

Iklan

Mudahkan penyediaan bahan untuk elakkan kipas cepat berhabuk ni. Selepas ini anda boleh lakukan pembersihan kipas di rumah dalam tempoh 2 ke 3 bulan. Tidaklah setiap minggu. Jadi jangan lupa cuba ya.

Penulis : SUHAILA ALI