Mural mozek RM1.5 juta, catat sejarah Malaysia Book of Records

A
A
A

STAR Residences, mercu tanda terbaru gaya hidup mewah Kuala Lumpur, telah mencipta nama apabila disenaraikan dalam Malaysia Book of Records bagi seni mural mozek terbesar di negara ini yang boleh dilihat dari sejauh dua kilometer.

Dengan anggaran nilai pembangunan berjumlah RM3 bilion, pemajuan Star Development seluas empat ekar (1.62ha) yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng di dalam zon komersil KLCC bandar raya Kuala Lumpur telah meraih beberapa anugerah antarabangsa seperti International Property Awards, London for Best Apartment Design, Best Mixed-Use Architecture Design dan Mixed-Use Development Concept dan Malaysia BrandLaureate Best Brand Award dalam kategori Signature Brand Property Luxury Condominium.

Kehadiran seni mural mozek ini menyerlahkan lagi ciri-ciri sense of place pemajuan ini.

Dengan paras ketinggian mencecah bangunan tiga tingkat dan panjang keseluruhan 58.77m, dinding mural yang tersergam ini dibina di aras tertinggi ketiga-tiga menara yang merangkumi dua menara 57 tingkat Star Residences dan satu menara 58 tingkat Ascott Star KLCC Kuala Lumpur.

Penghuni dan tetamu boleh melihat mural tersebut dari ketiga-tiga menara di samping menikmati pemandangan panorama bandar raya yang menakjubkan dari hartanah residensi tertinggi sekitar KLCC.

Pemaju Star Development, Alpine Return Sdn Bhd, merupakan sebuah syarikat gabungan dua pemaju hartanah terkemuka di Malaysia iaitu Symphony Life Bhd dan United Malayan Land Bhd (UM Land).

Hasil seni jubin kaca dalam gabungan warna platinum, emas, putih dan hitam tersebut mengimbau kembali kemewahan seni mural tamadun Rom dengan sentuhan kontemporari.

Berinspirasikan alam semula jadi, legenda dan pemuliharaan alam sekitar, pembinaan abstrak tersebut telah diilhamkan dan dikonsepsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Alpine Return Sdn Bhd, Alan Koh.

Catat sejarah Malaysia Book of Records dengan mural RM1.5 juta

“Pendekatan konsep place-making memisahkan Star Residences dengan kediaman lain dan menjadikannya satu ikon aspirasi di sekitar kawasan KLCC.

“Kami menyahut cabaran untuk mereka sebuah naratif visual yang mampu mempamerkan ciri-ciri kemewahan, kemegahan dan kemilau Star Residences, maka itu warna emas dan platinum digunakan.

“Kami percaya bahawa seni mural jubin kaca mozek agung ini, yang terpanjang dan tertinggi pada ketinggian melebihi 250m ini adalah yang pertama di Malaysia dan barangkali di rantau ini.

“Ia adalah satu pemberian buat penghuni dan tetamu kami dan juga para pengunjung ke Malaysia kerana ia boleh dilihat dari jarak jauh. Walaupun wabak Covid-19 telah menjejaskan bilangan pelancong ke Kuala Lumpur, pihak Star Development yakin keadaan akan bertambah baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut pihaknya lagi, proses menyiapkan mural mega itu mengambil masa tiga bulan dan lanjutan dua bulan untuk pemasangan dengan tangan.

Anggaran 6.7 juta mozek Mozetti Classic bersaiz 10mm x 10mm x 4mm telah digunakan untuk memberi nafas kepada mural tersebut dengan transisi warna terperinci untuk kemasan yang sempurna. Keseluruhan projek dianggarkan menelan belanja RM1.5 juta.

Di samping menempa nama Star Residences sebagai pemegang rekod, mural tersebut turut menandakan komitmen syarikat dalam mencari keseimbangan antara pemuliharaan dan pembangunan, selain memperluas aspek kontemporari dengan memanfaatkan seni zaman purba.

Wow! Hebat bukan?

Star Residences juga adalah antara penyertaan yang pertama dalam Malaysia Book of Records sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan Covid-19.

Star Residences telah diiktiraf sebagai pemegang rekod mural dinding jubin mozek terbesar di Malaysia.

Hasil seni yang megah ini adalah satu penambahan relevan terhadap latar langit KLCC dan tepat pada waktunya sebagai satu simbol harapan pemulihan ekonomi negara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca