SEPERTI yang diketahui umum, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu ucapan khasnya berkata, kunjungan Hari Raya Aidilfitri hanya dibenarkan pada hari pertama perayaan sahaja.

Jelasnya, peraturan yang sama juga terpakai pada ziarah sempena sambutan Hari Gawai di Sarawak dan Hari Kaamatan di Sabah.

Malahan jumlah pengunjung maksimum yang dibenarkan berada dalam rumah adalah sebanyak 20 orang sahaja dalam sesuatu masa.

Malangnya, aktiviti untuk merentas negeri masih tidak dibenarkan sama sekali!

Jelas, sebaik pengumum dibuat orang ramai kini menarik nafas lega terhadap kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Namun, adakah anda pasti dengan kelonggaran yang membolehkan 20 ahli keluarga bersama pengunjung yang hadir berada dalam satu rumah, anda mampu menjaga jarak sosial dan mengikut segala garis panduan yang telah ditetapkan?

Adakah anda juga yakin ahli keluarga anda yang berkunjung menziarahi anda semasa sambutan perayaan nanti bebas dari Covid-19?

Adakah anda juga yakin yang anda sama sekali tidak akan dijangkiti jangkitan Covid-19 daripada pengunjung yang datang bertandang?

Okey sebagai contoh, cuba anda bayangkan sahaja situasi seperti berikut:

Seseorang individu itu telah dijangkiti Covid-19 tetapi dia sendiri tidak tahu yang dia dijangkiti wabak tersebut kerana mungkin masih dalam peringkat awal jangkitan atau dia sendiri beranggapan dia hanya sakit atau demam biasa.

Dia pergi beraya rumah jiran sebelah. Jiran sebelah rumah itu pula berkemungkinan rumah salah seorang daripada ahli keluarga anda.

Dia duduk di atas sofa dan berborak dengan tuan rumah seperti yang biasa dibuat tahun-tahun sudah. Lepas 30 minit, selesai makan dan minum, dia pulang ke rumah seperti biasa.

Anda pula berkunjung ke rumah yang sama yang mana telah pun dikunjungi terlebih dahulu oleh pesakit Covid-19 tadi.

Anda pun duduk di sofa yang sama. Paling tidak pun mesti letak tangan kat sisi sofa baru lah rancak dan selesa nak bersembang. Ye dak?  (Ingat ya, covid-19 mampu merebak melalui sentuhan).

Selesai beraya anda pula beransur ke rumah seterusnya. Time-time raya mesti dah siap ada list dalam kepala nak pergi kemana dalam satu hari tu. Nama pun raya. betul tak?

Anda sentuh pula sofa umah jiran atau ahli keluarga lain. Lepas itu jiran lain pula bertandang pula ke situ sebaik anda beredar. Almaklum sahajalah tak boleh duduk lama-lama. Lagi pula di had kan untuk 20 orang tetamu sahaja dalam satu masa.

Iklan

Akhir sekali kemana destinasi tujuan anda selepas seharian keluar beraya? Mestilah balik ke rumah kan? Sampai di rumah anda sentuh pula perabot, pinggan mangkuk dan macam-macam lagi lah yang ada dekat rumah tu.

Dekat rumah mesti la ada ahli keluarga seperti mak ayah adik beradik anak isteri semua kan. Tahniah! Habis satu keluarga dapat hadiah raya berupa jangkitan Covid19!

Maka begitulah jangkitan berterusan secara silang di kawasan kejiranan situ dan seterusnya ke kejiranan lain. Lebih malang lagi silap-silap satu family anda yang sama-sama menyambut hari raya bersama di sahkan positif Covid-19.

Selepas 14 hari, didapati kluster kejiranan dikesan dan anda salah seorang yang disahkan positif.

Kesimpulannya, kalau rasa tak bahaya, silalah bertandang ke rumah jiran atau sambut lah bersama-sama dengan ahli keluarga yang berjauhan dan berlaian daerah mahupun negeri.

Iklan

Pendapat penulis? Kalau penulis sendiri, penulis lagi selesa duduk di rumah aje lah. Tak perlu terima tetamu. Tak perlu jadi tetamu. Cukup sekadar meraikan bersama ahli keluarga dalam kelompok yang kecil.

Tunggu biar covid-19 ini betul-betul pulih sepenuhnya dulu dekat bumi Malaysia ni. Rasa seram terbayang situasi beraya tu. Jaga ahli keluarga kita. Ibu bapa kita yang dah berumur. Adik beradik atau anak-anak yang masih kecil.

Kerajaan bagi had 20 orang mungkin sekadar nak bagi rakyat rasa lega dan bertenang. Tapi kita boleh fikir sendiri situasi melibatkan kita dan apa yang sedang berlaku di dunia ini.

Akhir kata, #kitajagakita #stayathome #PastiAdaSinar

GENG LUAR KOTAK